February 1, 2012
SURAT FMT: Dari Mahiruddin Ahmad Khairuddin, melalui e-mel
Saya ada membaca artikel politik Cameron Highland mengenai Umno dan SK Devamany. Bagi peribadi saya, Devamany ada lah seorang ahli politik yang mudah berbincang. Hanya tomahan yang tak berasas dari pihak pihak tertentu sahaja.
Yang saya hairan kenapa mepertikaikan kelemahan Devamany sahaja, di mana kesilapan Umno di bawah kepimpinan Wan Rosdi Wan Ismail dan penasihatnya.
Umno bahagian sendiri hendaklah munasabah diri. Yang sebenar nya ramai juga yang tidak berpuashati di atas cara cara kepimpinan Wan Rosdi dan penasihatnya. Jangan menuding jari pada orang lain sedangkan kelemahan itu berlaku di atas kehendak kita sendiri.
Kancah Politik DUN Jelai sudah lama dari Almarhum Abu Dahari, Datuk Omar lagi di mana waktu itu Umno Dun Jelai berpuak puak, mengeluh kerana berasa dianak tirikan.
Pelapis baru iaitu Pemuda tidak tahu kancah politik DUN Jelai. Dari DUN Jelai di bawah Parlimen Lipis lagi hingga ke Parlimen Cameron Highland sudah sudah lah memprovokasikan ahli ahli pemuda dan belia untuk kepentingan peribadi dan bukan untuk kepentingan Barisan Nasional.
Saya kerap kali juga mendengar rintihan belia belia Sungai. Koyan am nya mengenai ketidak puas hati diatas kepimpinan Umno DUN Jelai. Tapi setakat cakap belakang sahaja. Jangan kerana sedikit imbuhan kita sanggup rosakan orang lain dan Barisan Nasional. Kita mesti tahu di antara Umno dan Barisan Nasional apa hubungan nya.
Jangan rosakkan Barisan Nasional. Jangan jadi ahli Umno dicucuk hidung. Kita sepatut nya menghapuskan dalang dalang yang penakut. Kenapa perlu orang lain yang bersuara untuk mengugurkan seseorang. Ini muka dia pun tak nampak , apa cerita. Taktik lama tuan tuan dah tak boleh terima pakai, zaman dah berubah. Jangan jadi politik primitif.
Ini buka akaun facebook pun tak bertuan. Saya nasihatkan berubah kepada politik yang sihat. Kalau betul Devamany tidak berkhidmat dengan baik. Banyak peruntukkan telah disalurkan oleh beliau.
Satu je saya hendak tanya selama Felda Sungai. Koyan itu ada, apa yang telah dilakukan untuk pembangunan belia/ pelapis kedua yang telah di buat oleh kepimpinan Umno dulu hingga sekarang.
Kita jangan cakap je. Apa dia yang telah dibuat, jangan salahkan orang lain jika cawangan Umno itu hidup segan mati tak mahu. Itu tanggugjawap kepimpinan Umno sendiri tak ada kena mengena dengan Devamany.
Tuduhan kepada Devamany adalah penyebab runtuhnya Umno di Cameron sebagai mana artikel yang di keluarkan di FMT tempoh hari tak masuk akal langsung. Kelemahan Umno Cameron Highland adalah di tangan Wan Rosdi dan barisan kepimpinan beliau sendiri bukan nya di tangan Devamany.
Begitu juga boleh kita berkata kelemahan MIC disebabkan oleh Umno tak mungkin, betul tak. Ini semua cerita mengarut dari orang yang tidak bertanggungjawab.
Saya harap sudah sudah lah membuat cerita cerita mengarut yang tidak mendatang faedah. Kita hendak menghadapi PR13, jangan ingat kita sentiasa menang, tengok contohnya Pulau Pinang apa dah jadi.
Terus terang saya katakan Umno itu boleh memerintah jika tiada barisan komponen lain. Saya ulangi tengok Pulau Pinang , kita kena sedar dan hendakkah kita faham apa itu Barisan Nasional dan Siapa Umno, MIC, MCA dan Gerakan.
Kita jangan merosakkan ahli Pemuda Umno dan belia, mereka ini terlalu cetek kefahaman politik di DUN Jelai. Buat lah perkara perkara yang membuat mereka berjaya dan gembira.
Hapuskan orang yang membawa virus dalam Umno. Singkir dan nyahkan mereka ini. Nak tahu siapa tepuk dada tanya selera.
No comments:
Post a Comment