Tuesday, 16 October 2012

Taktik kotor PR semakin terserlah

KUCHING: Taktik kotor Pakatan Rakyat (PR) semakin terserlah sejak akhir-akhir ini ekoran tindakan parti pembangkang itu mengaitkan pemimpin Barisan Nasional (BN) akan beralih arah, kata Ketua Pemuda BN Negeri Datuk Fadillah Yusof.

Beliau berkata, pihak terbabit sebenarnya sudah ketandusan idea untuk memburuk-burukkan BN dan menyebabkan mereka menggunakan serangan peribadi.

“Mereka sebenarnya sudah tidak ada idea lagi. Ini membuatkan mereka sanggup menggunakan serangan peribadi.

“Taktik kotor ini adalah usaha untuk meraih undi pada pilihan raya akan datang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, tindakan itu juga merupakan langkah pembangkang untuk menimbulkan kekeliruan dalam parti komponen BN.

“Tindakan mereka ini memang tidak boleh diterima. Apa yang mereka lakukan ini tidak lagi untuk memperjuangkan nasib rakyat tetapi lebih kepada serangan peribadi,” ujarnya.

Menurutnya, beliau berharap rakyat di Malaysia termasuk Sarawak bijak menilai dakyah yang akan mereka (PR) timbulkan dari semasa ke semasa.

Fadillah menjelaskan, kerajaan BN tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat kerana pelbagai rancangan pembangunan sedang dan akan terus dilaksanakan.

“Pelbagai pembangunan diwujudkan kerajaan BN. Malah, kerajaan memberi pelbagai bantuan untuk meningkat taraf hidup rakyat,” jelasnya.

sumber:borneopost

No comments:

Post a Comment