Wednesday 17 October 2012

PRU13 bukan tahun ini

KUCHING: Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berkemungkinan tidak akan diadakan pada tahun ini memandangkan Belanjawan 2013 baharu sahaja dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Menteri Tugas-tugas Khas Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem.

Beliau berkata, ini kerana inti pati belanjawan terutama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 belum diagihkan kepada rakyat.

“Bagi pendapat peribadi saya, tiada pilihan raya berlangsung pada tahun ini kerana belanjawan baharu sahaja dibentangkan,” katanya berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) di sini, semalam.

Menurutnya, pada masa sekarang populariti Perdana Menteri semakin meningkat selepas pengumuman pelbagai bantuan untuk rakyat dan ia merupakan dorongan untuk mengadakan pilihan raya pada bila-bila masa.

“Jika pilihan raya diadakan pada bulan April, pihak pembangkang sudah pasti tidak bersetuju namun jika Februari atau Mac maka mereka tidak mempunyai pilihan.

“Namun apa yang saya pasti ia akan diadakan dalam masa terdekat,” ujarnya.

Sehubungan itu, Adenan mahu agensi atau jabatan di bawah KPKK bersiap sedia menghadapi PRU13.

“Pihak tertentu (pembangkang) sekarang menghentam kerajaan menerusi blog, Facebook, Twitter atau sistem penyampaian lain di Internet.

“Warga KPKK hendaklah berusaha menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi untuk menagkis segala tohmahan tidak berasas yang dilemparkan kepada kerajaan,” jelasnya.

Beliau menjelaskan, jentera KPKK harus melengkapkan diri untuk menyebarkan maklumat kerajaan yang sahih dan benar kepada rakyat menerusi media baharu atau media sosial.

“Kita jangan tipu rakyat sebaliknya beritahu perkara sebenar. Pembangkang lain kerana mereka hebat dalam penipuan dan memutar belit,” kata Adenan.

Dalam pada itu, menurutnya kakitangan perkhidmatan awam sepatutnya tidak terlalu mengharapkan ganjaran semasa melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

“Kita perlu ikhlas dalam bekerja untuk memberi kepuasan kepada pelanggan kerana jangkaan mereka terlalu tinggi.

“Janganlah kita bekerja hanya mengharapkan ganjaran dan pengiktirafan semata-mata,” tambahnya.

Sementara itu, seramai 102 kakitangan pelbagai jabatan dan agensi di bawah KPKK yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2011 menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Daripada jumlah itu, 33 merupakan kakitangan Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran (52), Jabatan Hal Ehwal Khas (lapan), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Sarawak (tiga), (Jabatan Filem Negara Sarawak (dua) manakala masing-masing seorang daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Sarawak, BERNAMA, Jabatan Arkib Negara serta FINAS.

Hadir sama Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk Md Yahaya Basimin, Pemangku Pengarah Penyiaran Sarawak Fee Lin Chew dan Timbalan Pengarah Penerangan Sarawak Zaini Mohd.KUCHING: Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berkemungkinan tidak akan diadakan tahun ini memandangkan Belanjawan 2013 baharu sahaja dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Menteri Tugas-tugas Khas Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem.

Beliau berkata, ini kerana inti pati belanjawan terutama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 belum diagihkan kepada rakyat.

“Bagi pendapat peribadi saya, tiada pilihan raya berlangsung pada tahun ini kerana belanjawan baharu sahaja dibentangkan,” katanya berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) di sini, semalam.

Menurutnya, pada masa sekarang populariti Perdana Menteri semakin meningkat selepas pengumuman pelbagai bantuan untuk rakyat dan ia merupakan dorongan untuk mengadakan pilihan raya pada bila-bila masa.

“Jika pilihan raya diadakan pada bulan April, pihak pembangkang sudah pasti tidak bersetuju namun jika Februari atau Mac maka mereka tidak mempunyai pilihan.

“Namun apa yang saya pasti ia akan diadakan dalam masa terdekat,” ujarnya.

Sehubungan itu, Adenan mahu agensi atau jabatan di bawah KPKK bersiap sedia menghadapi PRU13.

“Pihak tertentu (pembangkang) sekarang menghentam kerajaan menerusi blog, Facebook, Twitter atau sistem penyampaian lain di Internet.

“Warga KPKK hendaklah berusaha menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi untuk menagkis segala tohmahan tidak berasas yang dilemparkan kepada kerajaan,” jelasnya.

Beliau menjelaskan, jentera KPKK harus melengkapkan diri untuk menyebarkan maklumat kerajaan yang sahih dan benar kepada rakyat menerusi media baharu atau media sosial.

“Kita jangan tipu rakyat sebaliknya beritahu perkara sebenar. Pembangkang lain kerana mereka hebat dalam penipuan dan memutar belit,” kata Adenan.

Dalam pada itu, menurutnya kakitangan perkhidmatan awam sepatutnya tidak terlalu mengharapkan ganjaran semasa melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

“Kita perlu ikhlas dalam bekerja untuk memberi kepuasan kepada pelanggan kerana jangkaan mereka terlalu tinggi.

“Janganlah kita bekerja hanya mengharapkan ganjaran dan pengiktirafan semata-mata,” tambahnya.

Sementara itu, seramai 102 kakitangan pelbagai jabatan dan agensi di bawah KPKK yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2011 menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Daripada jumlah itu, 33 merupakan kakitangan Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran (52), Jabatan Hal Ehwal Khas (lapan), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Sarawak (tiga), (Jabatan Filem Negara Sarawak (dua) manakala masing-masing seorang daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Sarawak, BERNAMA, Jabatan Arkib Negara serta FINAS.

Hadir sama Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk Md Yahaya Basimin, Pemangku Pengarah Penyiaran Sarawak Fee Lin Chew dan Timbalan Pengarah Penerangan Sarawak Zaini Mohd.

sumber:borneopost

No comments:

Post a Comment