Monday 1 October 2012

Aduan masih dikumpul: Chin

Semua cawangan SUPP digesa hantar aduan terhadap Wong sebelum rujuk CWC

KUCHING: Jawatankuasa Pusat (CC) menggesa semua cawangan agar menghantar aduan terhadap Dato Sri Wong Soon Koh dalam tempoh dua minggu untuk siasatan sebelum dirujuk kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui ber-kata, pihaknya masih me- ngumpul sebanyak mungkin aduan berhubung Wong dan individu-individu lain yang terlibat untuk dirangkumkan sebelum dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin.

“Kita tidak boleh meng-abaikan suara pihak lain, tetapi aduan-aduan ini mesti berasas.

“Justeru, kami menggesa semua cawangan untuk menghantar sebarang aduan yang berasas kepada Jawatankuasa Disiplin parti untuk siasatan dan tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusi-kan Mesyuarat CC di ibu pejabat parti di sini, semalam.

Pada sidang media itu, Chin turut mendedahkan setakat ini dua ahli telah dihadapkan untuk perhatian oleh Jawatan-kuasa Disiplin.

Katanya, jika lebih ramai ahli didapati terlibat, parti akan mengambil tindakan sewajar-nya.

Terdahulu, pada mesyuarat Jawatankuasa Disiplin parti, keputusan dibuat untuk memberikan tempoh sehingga 4 Oktober kepada Stephen Wong mengemukakan surat tunjuk sebab kerana melanggar perlembagaan parti.

Pengerusinya, William Tanyuh berkata, ahli SUPP Cawa-ngan Sarikei itu sebelum ini telah diberikan tempoh hingga 28 September bermula 14 September untuk mengemukakan surat tunjuk sebab kepada Jawatankuasa Disiplin.

Bagaimanapun, menurut William, Wong gagal mengemukakan surat tunjuk sebab dalam tempoh tersebut atas alasan hanya menerima notis pada 20 September.

“Kami telah memutuskan bahawa tempoh 14 hari berkuat kuasa 20 September dan tarikh akhir untuk Wong mengemukakan surat tunjuk sebab adalah pada 4 Oktober.

“Jika jawatankuasa tidak menerima balasan daripada Wong, kami tidak akan dapat membuat sebarang keputusan dalam tempoh ini,” katanya.

Tindakan disiplin diambil terhadap Wong selepas beliau berkeras untuk bertanding di Parlimen Sarikei menentang calon yang dipersetujui parti, Ding Kuong Hiing.

Dalam perkembangan ber-kaitan, William turut menafi-kan sekeras-kerasnya kenya-taan yang dibuat oleh sumber dalaman parti bahawa Jawatankuasa Disiplin telah membuat keputusan berhubung tindakan disiplin ke atas Wong dan ahli SUPP Cawangan Miri, Hii Huat Chong.

Jelas William, jawatankuasa belum membuat sebarang keputusan berhubung tindakan melanggar perlembagaan parti oleh kedua-dua individu ter-sebut.

“Kami masih menunggu surat tunjuk sebab daripada Hii Huat Chong dan Stephen Wong di bawah Artikel 45, perlembagaan parti sebelum boleh membuat sebarang keputusan mengenai aduan yang dikena-kan ke atas mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment