Tuesday, 9 October 2012

Ada pihak cuba lagakan pemimpin SPDP



DaviD
KUCHING: Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Bahagian Muara Tuang menyelar tindakan segelintir pihak yang mahu melihat parti itu dilanda krisis semula.

Timbalan Pengerusinya Tuai Rumah David Jiku Na-der semalam berkata usaha kumpulan ‘penghasut’ itu ti-dak akan berjaya kerana SPDP sedang ‘melangkah ke hadapan dan tidak akan berpaling ke belakang’ selepas meng-alami beberapa siri masalah sebelum ini.

Menurutnya bermula de-ngan kehilangan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada PKR (Parti Keadilan Rakyat) pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri 2011 sehingga peleta-kan jawatan Naib Presidennya (ADUN Meluan) Wong Judat Ogos lalu.

“Parti pernah mengalami waktu sukar dan sekarang masanya untuk bangkit. Jadi tolong hentikan permainan ini dan setiap kali anda (penghasut) ‘mengganggu’ kepim-pinan kami, kami sebagai ahli turut merasainya.

“Bukan Tan Sri Mawan, Datuk Seri Tiong, Datuk Jacob dan YB Jelaing sahaja ahli parti tetapi ribuan ahli-nya,” katanya ketika dihubu-ngi semalam.

Jiku berkata demikian sebagai mengulas cubaan se- gelintir pihak yang berniat mengganggu gugat kestabilan SPDP dengan cuba melaga-lagakan Naib Presiden Datuk Jacob Dungau Sagan (Ahli Parlimen Baram) dan Jelaing Mersat (Ahli Parlimen Saratok) dengan Presiden Tan Sri William Mawan Ikom dan Timbalannya Datuk Seri Tiong King Sing (Ahli Parlimen Bintulu) dengan menyebarkan khabar angin kononnya Sagan dan Jelaing mahu meninggalkan parti itu.

Menurut laporan akhbar tempatan, Sagan dan Jelaing dalam rancangan untuk meletak jawatan daripada SPDP dan menyertai sekumpulan individu yang tidak diwakili parti politik yang mendakwa mereka mesra Barisan Nasio-nal (BN) menerusi penubuhan sebuah kelab.

Berang dengan khabar angin itu, Jelaing kemudiannya memberitahu media ia adalah usaha untuk memecahbelah-kan SPDP dan artikel itu ha-nyalah khayalan penulis.

Malah katanya, artikel itu telah digunakan oleh pihak terbabit untuk memecahkan perpaduan dalam BN secara keseluruhannya.

Sagan turut menafikan dakwaan itu dengan memberitahu bahawa khabar angin itu cuba melagakannya dengan Mawan serta Tiong dengan itu SPDP akan jatuh.

No comments:

Post a Comment