Cawangan Skuau percaya impian SWP tidak akan kesampaian: Tungku
SIBU: Parti Rakyat Sarawak (PRS) Cawangan Skuau melahirkan rasa yakin bahawa PRS mampu mempertahankan keenam-enam kerusi milik parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang. Setiausahanya, Tungku Balang memberitahu bahawa tidak ada halangan untuk PRS mempertahan kerusinya pada PRU13 kelak.
“Ini kerana PRS adalah satu-satunya parti yang mewakili kaum Dayak termasuk wakil rakyatnya dari Selangau, Hulu Rajang, Sri Aman, Kanowit, Julau dan Lubok Antu merupakan orang Dayak amnya Iban. Ini bukan bersifat perkauman atau bangsa, tetapi telah nyata bahawa PRS adalah untuk masyarakat Dayak.
“Enam kawasan parlimen itu adalah majoriti pengundi Dayak amnya Iban dan Orang Ulu. Agak susah bagi Parti Pekerja Sarawak (SWP) untuk merampas kerusi milik PRS kerana disebabkan banyak faktor apatah lagi mereka menggelarkan diri mereka sebagai rakan Barisan Nasional (BN) kecuali dengan PRS.
“Musuh PRS, SWP merupakan sebuah parti keluarga yang diterajui oleh masyarakat Cina tidak mungkin dapat memonopoli pengundi Dayak khasnya Iban di kawasan pedalaman,” katanya menerusi kenyataan akhbar, di sini semalam.
Bagaimanapun, katanya, PRS harus berhati-hati dengan tindakan politik kotor yang digunakan SWP bagi mengumpan para pengundinya.
“PRS tidak gentar untuk berhadapan dengan SWP kerana PRS sudah lama diyakini apatah lagi SWP yang baharu dilahirkan pada masa sekarang. Tidak mungkin mereka dapat mengambil hati para pengundi Dayak,” jelasnya.
Menurut Tungku, masyarakat Dayak harus mempertahan PRS kerana satu-satunya parti yang mewakili bangsa itu sekali gus dapat memperkukuh perpaduan sesama sendiri agar tidak berpecah-belah.
“Pengajaran lampau telah banyak mengajar kita seperti pembatalan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Itulah yang kita tidak mahu dan melihat PRS sama peranannya seperti PBDS yang dahulu.
“Kita mesti memperjuang perpaduan antara kaum di negeri ini supaya dapat bersama-sama dengan kaum-kaum lain maju ke hadapan. Justeru, jangan sesekali menerima SWP di keenam-enam kawa-san PRS di parlimen,” tegas-nya.
Tungku turut menasihati kaum Dayak intelektual dan bekas ketua-ketua masyarakat agar tidak terpengaruh dengan kata-kata dan janji SWP kerana itu hanyalah semata-mata untuk meman-cing undi.
“Jika SWP menjadi wakil dalam parlimen, apa yang dia orang boleh buat untuk rakyat khususnya membela nasib kaum Dayak,” katanya.
sumber:borneopost
No comments:
Post a Comment