KUCHING: Komuniti Cina di negeri ini perlu terus menyo-kong kerajaan agar mereka dapat bersama-sama menikmati pembangunan ekonomi dan sosial.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, kerajaan terbaik dihasilkan oleh sumbangan semua bangsa.
“Meskipun Bumiputera me-wakili dua pertiga dalam kerajaan, namun kita masih perlukan kaum Cina untuk berada dalam kerajaan.
“Secara jujurnya, saya tidak mahu komuniti Cina di luar kerajaan kerana kesejahteraan sesebuah negeri adalah disumbangkan oleh semua bangsa, malah pintu kita sentiasa terbuka kepada semua bangsa untuk menyertai kerajaan,” ujar-nya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Minum Petang bersama Penjaja dari Kawasan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) yang dihadiri Datuk Bandar MBKS Datuk James Chan dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Kemajuan Masyarakat Dato Sri Wong Soon Koh di sini, semalam.
Taib berkata, komuniti Cina perlu memilih wakil yang mampu membawa mereka berada dalam kerajaan dan benar-benar ingin berkhidmat dengan Barisan Nasional (BN).
“Pilih wakil yang betul-betul ikhlas, sanggup untuk berkhidmat kepada rakyat dan mahu berbincang atau berhubung dengan kerajaan,” tegas beliau.
Katanya, berada pada pihak pembangkang tidak semesti-nya mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi, sebaliknya lebih kepada hanya bercakap sahaja.
“Sama ada kita mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi atau tidak, ia sebenar-nya bergantung kepada bagai-mana kita memahami pemim-pin yang kita pilih,” jelas Taib.
Sementara itu, Wong dalam ucapannya berkata, komuniti Cina terutamanya yang terlibat dalam perniagaan harus ber-terima kasih kepada kerajaan kerana telah memberi peluang kepada mereka.
“Di bawah kepimpinan Pehin Sri, kita mempunyai per-sekitaran ekonomi dan sosial yang kondusif kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa termasuk golongan perniagaan.
“Ini juga termasuk penjaja-penjaja yang terlibat di mana mereka semua mendapat manfaat daripada pembangunan ekonomi oleh kerajaan,” kata-nya.
Majlis minum petang itu dihadiri kira-kira 600 penjaja dari kawasan MBKS.
sumber:theborneopost
No comments:
Post a Comment