Saturday 4 May 2013

PM pastikan aku janji menjadi

Petaling Jaya: Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan akan memantau sendiri inti pati aku janji Barisan Nasional (BN) untuk memastikan ia ditunaikan dan dilaksanakan bagi manfaat rakyat.

Perdana Menteri berkata beliau menganggap dokumen penting itu wajar diletakkan di tahap tinggi seiring peranannya sebagai kontrak kepada rakyat yang wajib dipenuhi. 

“Saya sedar aku janji adalah janji kepada rakyat di mana rakyat akan mengadili saya. Malah, sebagai seorang Islam, janji sebagai manusia akan dihukum Allah di akhirat nanti, kalau saya tak lakukan apa yang saya janjikan,” katanya menerusi Program Mandat 2013 yang dihoskan Datuk Ahmad A Talib. 


“Saya sedar aku janji adalah janji kepada rakyat di mana rakyat akan mengadili saya. Malah, sebagai seorang Islam, janji sebagai manusia akan dihukum Allah di akhirat nanti, kalau saya tak lakukan apa yang saya janjikan,” Datuk Seri Najib Razak
Ditanya apakah aku janji itu menyebabkan pembangkang gelisah kerana ia boleh ‘menjadi’, Najib berkata: “Bukan mungkin tetapi rakyat sudah lihat ia menjadi kenyataan dan sudah dilaksanakan dalam bajet.”

Letak pada tahap tinggi

Perdana Menteri menegaskan beliau meletakkan aku janji di tahap yang tinggi bagi memberi nilai lebih besar pada dokumen berkenaan untuk manfaat rakyat lebih-lebih lagi apabila pembangkang meren-dahkan martabat manifesto mereka. 

“Menerusi aku janji BN, tarikan utama adalah sejuta rumah mampu milik untuk lima tahun akan datang kerana ia satu keperluan setiap rakyat, berbanding pembangkang hanya meletakkan sasaran hanya 150,000,” katanya. 
Mengenai sokongan kaum Cina, beliau berkata, situasi berbeza mengikut kawasan kerana ada lokasi mereka terpengaruh dengan pembangkang yang menimbulkan sentimen seolah-olah BN tidak memberi hak sewajarnya kepada mereka.

“Politik seperti ini membuatkan berlaku polarisasi politik Malaysia, sedangkan BN cuba mewujudkan suasana aman dan harmoni. Pembangkang memainkan sentimen yang boleh timbulkan keadaan tidak sihat dan boleh rosakkan keharmonian rakyat,” katanya.

Beliau berkata, senario itu bukan sesuatu yang mengejutkan terutama apabila menyedari DAP sebagai parti berteraskan perkauman, bukan parti pelbagai bangsa seperti BN yang sepakat dan mengambil kira pandangan semua kaum.

Bela semua kaum

“Selama ini usaha dan dasar BN membolehkan komuniti Cina berjaya, terutama dalam perniagaan termasuk diberi konsesi yang bermakna mereka boleh ‘cap duit’ berterusan, selain pertimbangan dalam pendidikan di mana selain Hong Kong dan Taiwan, tidak ada negara lain ada sistem pendidikan Cina yang komprehensif dan dijadikan pendidikan nasional seperti di Malaysia,” katanya.

Mengenai kaum India pula, beliau berkata sokongan pada 2008 mendorong kerajaan mewujudkan Jawatankuasa Kabinet untuk membantu golongan itu bagi memastikan mereka tidak terpinggir terutama generasi kedua.-BH

No comments:

Post a Comment