Friday, 17 May 2013

Manfaat jangka panjang kepada semua

KUCHING: Penganalisis politik melihat pelantikan ramai menteri dan timbalan menteri daripada kalangan Ahli Parlimen dan senator dari Sarawak dan Sabah bakal memberi manfaat jangka panjang terhadap dua negeri itu dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Jeniri Amir berkata pelantikan 13 orang menteri dari Sarawak dan Sabah, dengan tujuh daripadanya dari Sarawak me-nunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memahami aspirasi rakyat dan pemimpin dari kedua-dua negeri itu.

“Pelantikan tujuh menteri dari Sarawak, termasuk seorang senator merupakan sesuatu yang bersejarah dan begitu signifikan kerana ini merupakan jumlah menteri terbesar pernah ditampilkan dari negeri ini dan Sarawak merupakan penyumbang terbesar dari segi jumlah menteri, ini merupakan se-suatu yang amat membangga-kan.

“Pelantikan berkenaan membuktikan keyakinan dan kepercayaan Perdana Menteri terhadap keupayaan barisan pemimpin dari negeri ini,” katanya kepada Utusan Borneo, semalam.

Menurutnya, Najib dalam membuat keputusan itu telah mengambil kira kelayakan, pengalaman dan kepakaran wakil rakyat terbabit.

Sebagai simpanan tetap dan penyelamat BN daripada tumbang ke tangan Pakatan Rakyat, Sarawak wajar diberi jawatan sebanyak itu.

Ini merupakan hadiah terbaik sempena kita meraikan ulang tahun ke-50 pembentukan Malaysia pada tahun ini, katanya.

Dengan pelantikan barisan pemimpin yang menggabungkan mereka yang berpengalaman dengan golongan yang agak muda, kita boleh sifatkan ia merupakan acuan terbaik untuk memacu negara ini ke hadapan.

Jelas beliau, pelantikan Datuk Fadillah Yusof sebagai Menteri Kerja Raya merupakan sesuatu yang membanggakan kerana ini merupakan pertama kali jawatan itu diberi kepada pemimpin dari negeri ini.

Pelantikan dua pemimpin wanita dari Sarawak turut menggembirakan, katanya.

“Saya percaya menteri dari Sarawak itu bukan sahaja akan berupaya membantu Perdana Menteri memenuhi agenda transformasi tetapi juga membantu agenda menjadikan negara ini sebagai negara berpendapatan tinggi,” ujarnya.

Meskipun tumpuan mereka berkisar terhadap kepen-tingan nasional, mereka sudah pasti dapat membantu membangunkan Sarawak dalam pelbagai bidang, termasuk dari segi menyedia-kan kemudahan prasarana yang lebih baik, meliputi semua kawasan merangkumi keperluan semua kaum, selain membangunkan bidang-bidang lain seperti perladangan, pendidikan, sumber manusia, pelanco-ngan, perumahan, sosial dan seumpamanya.

“Pelantikan tujuh orang menteri dari Sarawak dalam kabinet baharu dibentuk memperlihatkan hakikat Perdana Menteri menghargai dan mengiktiraf sumbangan BN Sarawak pada PRU13 lalu.

“Dengan kemenangan 25 kerusi daripada 31 kerusi, Sarawak menjadi penyumbang terbesar daripada 133 kerusi yang dimenangi,” katanya.-theborneopost

No comments:

Post a Comment