Saturday, 4 May 2013

Pengundi Bandar Kuching harus buat pilihan bijak



IKRAR SETIA: (Dari kanan) Dr Sim, Wilfred, Tan Kai dan Amy berikrar akan berkhidmat dengan telus dan adil demi kesejahteraan rakyat khasnya di Bandar Kuching.

KUCHING: Calon Barisan Nasional (BN) Bandar Ku-ching, Tan Kai membuat seruan terakhir kepada peng-undi dikawasan Parlimen itu agar membuat pilihan yang bijak pada hari pembuangan undi, esok.

Jelas Ketua Pemuda SUPP itu, rakyat Bandar Kuching harus memastikan kemena-ngan berpihak kepadanya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini demi masa depan yang cerah dan terjamin.

“Saya ada empat perkara yang akan saya laksanakan jika saya diberikan mandat untuk menjadi wakil anda bagi Parlimen Bandar Ku-ching selepas kegagalan pe-nyandangnya Chong Chieng Jen menjalankan tanggung-jawabnya sebagai Ahli Parlimen pada penggal lepas.

“Pertama, saya akan mempertahankan kerajaan yang telus dan adil, membangunkan Bandar Kuching, mempromosikan peluang-peluang belia dan yang paling penting mempertahankan kebebasan dan hak-hak rakyat serta menghalang pembentukan Undang-undang Hudud oleh PAS,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat SUPP di sini, semalam. Turut hadir Setiausaha Agung SUPP Prof Dr Sim Hui Hian, Setiausaha Pemuda SUPP Wlifred Yap dan Ketua Wanita SUPP Amy Tnay.

Pada sidang media itu, Tan Kai turut mendedahkan tiga masalah yang berlaku dalam DAP dan pembangkang amnya, iaitu pertama membawa masuk budaya politik yang meracuni fikiran generasi muda, kedua pembangkang merupakan satu pakatan dengan tiga ideologi dan yang paling membimbangkan mengenai DAP ialah terpaksa tunduk kepada PAS.

“Saya harap orang ramai khasnya pengundi di Bandar Kuching akan berfikir secara rasional mengenai sumbangan yang telah diberikan oleh kerajaan BN berbanding pembangkang yang hanya tahu bercakap tetapi tidak bekerja.

“Satu perkara yang harus rakyat ingat, undian pada 5 Mei ini adalah untuk kita menentukan bentuk kerajaan yang akan memerintah dan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri dan me-mimpin negara serta rakyat bagi tempoh lima tahun lagi,” katanya.

Sementara itu, Dr Sim pada sidang media semalam mengingatkan pengundi supaya tidak mengenakan pakaian yang mempunyai lambang atau parti logo ketika keluar mengundi esok.

Beliau juga mengingatkan pengundi supaya berwaspada dengan mana-mana individu yang mencurigakan serta cuba untuk mencalit dakwat hitam pada jari pengundi di luar pusat pembuangan undi.

Lebih penting, menurut Dr Sim, pengundi jangan sesekali membenarkan mana-mana individu selain pegawai petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengendalikan uru-san semakan kad pengenalan pengundi.-theborneopost

No comments:

Post a Comment