Friday 17 May 2013

BN terima keputusan Joseph Salang tolak jawatan

PUTRAJAYA 17 Mei - Barisan Nasional (BN) menerima keputusan Datuk Joseph Salang Gandum yang menolak pelantikannya dalam barisan Kabinet baharu sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, BN juga menerima penjelasan Salang bahawa penolakan itu bukan kerana pangkat sebaliknya mahu menumpukan perhatian kepada keluarga.

"Kita terima (keputusan menolak jawatan), tak ada masalah. Beliau dari Parti Rakyat Sarawak (PRS), kita bagi PRS satu jawatan menteri mewakili PRS Sarawak seperti yang disarankan oleh presiden PRS," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Salang yang juga Naib Presiden PRS, menolak jawatan timbalan menteri yang ditawarkan kerana mahu memberikan tumpuan kepada keluarga. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment