Saturday, 4 May 2013

Ketua masyarakat, penjawat awam bantu pembangkang dibuang kerja

BAU: Ketua masyarakat dan penjawat awam yang didapati berkempen untuk pembangkang pada pilihan raya ini akan dibuang kerja, kata Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom.

Menurutnya, tindakan tegas itu akan diambil selepas selesai Pilihan Raya Umum ini.

“Ini merupakan amalan biasa kerajaan sebelum ini, ia bukan satu perkara baharu,” katanya pada majlis makan tengah hari di sini, kelmarin.

Katanya tindakan itu adalah adil memandangkan elaun dan gaji mereka dibayar oleh kerajaan.

“Malahan, baru-baru ini elaun mereka (ketua masyarakat) dinaikkan antara RM450 dan RM800,” katanya.-.theborneopost

No comments:

Post a Comment