2012/03/07
ENTRI terbaru dari blog Datuk Seri Najib Razak di http://www.1malaysia.com.my/.
Malaysia perlukan pemimpin diyakini rakyat, komited perubahan: PM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia tidak memerlukan pelaksanaan program bersifat revolusi tetapi sebaliknya memerlukan pemimpin diyakini rakyat dan komited kepada perubahan.

Perdana Menteri berkata, tahun ini menjanjikan wujudnya perbincangan politik yang meluas di Malaysia dan beliau berharap lebih ramai perwakilan dapat memberi tumpuan kepada permasalahan sebenar dihadapi.
“Natijahnya rakyatlah yang akan menentukan masa depan negara. Itulah erti sebenar kebebasan daripada penguasaan penjajah, itu yang kita pertahankan sejak mula Merdeka dan sewajarnya semua berbangga memiliki Malaysia yang ditentukan rakyatnya,” katanya dalam entri terbaru bertajuk ‘1Malaysia Adalah Satu Komitmen Terhadap Transformasi’ dalam blog beliau di www.1malaysia.com.my.
Najib menarik perhatian golongan yang menentang 1Malaysia membawa dua penampilan iaitu pihak yang bersikap tegar menyatakan pendekatan 1971 dan gelombang pertama Polisi Ekonomi Baru tidak boleh diubah, dan pihak yang menuntut program perubahan berbentuk revolusi.
Berhubung kumpulan penentang pertama, beliau berkata:
“Saya faham mengapa ada kegusaran pada mereka; terdapat banyak lagi ketidakseimbangan sejarah dalam masyarakat kita yang masih perlu ditangani dan ini akan kita lakukan.
“Namun kita perlu menampilkan pendekatan dapat menggalakkan mereka yang boleh menyumbang kepada Malaysia untuk kekal di sini dan kita juga perlu mengakui pembabitan lebih meluas dalam ekonomi tidak akan menyelesaikan masalah kemiskinan di akar umbi,” katanya.
Perdana Menteri menasihatkan mereka yang meragui 1Malaysia atas sebab itu supaya bertenang dan bersabar kerana 1Malaysia adalah satu strategi dinamik untuk membasmi kemiskinan di negara ini.
“Saya percaya kita mendapat lebih banyak manfaat daripadanya berbanding jika kita menolak perubahan,” katanya.
Najib menyifatkan kumpulan penentang 1Malaysia yang kedua sebagai lebih membimbangkan dengan terus menerus menolak dan tidak berpuas hati dengan apa saja dilakukan kerajaan, serta menuntut program perubahan berbentuk revolusi.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kata-kata mereka berubah mengikut siapa hadirin mereka dengan bermotivasikan ketamakan kuasa dan sentiasa membangkitkan kontroversi.
“Jika dihimpun semua program mereka canangkan, ternyata ia tidak teratur. Seseorang itu tidak boleh berjanji melupuskan tol, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM40 bilion dan mengurangkan defisit belanjawan dalam satu masa.
“Dalam sekelip mata, satu daripada janji ini akan gagal dan akibatnya, rakyat menjadi marah dan ekonomi jatuh menjunam,” katanya.
Di sebalik kebimbangan itu, Najib berkata, beliau adalah seorang yang optimis.
“Saya percaya ketidakpuasan hati yang dihalakan ke arah kerajaan kerana kononnya gagal melaksanakan program mereka yang tidak masuk akal, akan menemui kegagalan akhirnya.
“Ini kerana semakin banyak janji kosong ditabur kepada masyarakat, semakin hilanglah kepercayaan rakyat terhadap mereka,” katanya. – BERNAMA

No comments:
Post a Comment