Ketua Pemuda, Datuk Bazlan Baharuddin berkata, segelintir AJK Pemuda mahu tokoh veteran Umno itu berundur.
PETALING JAYA: Pemuda Umno Gua Musang akan membuat pendirian sama ada menyokong Tengku Razaleigh Hamzah perlu bertanding dalam pilihan raya umum ke 13 dalam tempoh bebrapa hari lagi.
Ketua Pemuda, Datuk Bazlan Baharuddin berkata, segelintir AJK Pemuda mahu tokoh veteran Umno itu berundur.
“Saya nak tengok pandangan AJK bahagian yang lain tetapi waktu ini Ku Li merupakan calon terbaik BN untuk pilihan raya umum 13.
“Dia (Ku Li) masih boleh mentadbir Gua Musang dan ramai masih suka beliau. Cuma segelintir yang tidak puas hati,” katanya lagi.
Ku Li, kata Bazlan, sudah menjadi ahli parlimen Gua Musang selama 37 tahun dan menyumbang banyak pembangunan termasuk pembukaan tanah rancangan Kelantan Selatan (Kesedar).
Bagaimanapun, kata Bazlan, peneroka Kesedar tidak puas dengan Ku Li kerana tokoh veteran itu gagal menunaikan janji untuk melupuskan hutang peneroka berjumlah RM86 juta.
Bazlan berkata Ku Li berjanji jika Semangat 46 memerintah negara, hutang peneroka Kesedarkan akan diluputkan.
`Peneroka marah’
Bagaimanapun, parti itu kalah dalam pilihan raya umum 1990 dan 1994, dan akhirnya Semangat 46 dibubarkan pada tahun 1996.
Seorang AJK Umno bahagian mendakwa kira-kira 10,000 peneroka mula marah kepada Ku Li kerana tidak menunaikan janji tersebut.
Menurut Abdul Aziz Mohamad, bekas menteri kewangan itu membuat janji tersebut semasa memimpin Parti Semangat 46 pada tahun 1990.
Katanya, peneroka Kesedar dari sembilan blok Kesedar berpegang kepada janji-janji Ku Li untuk menghapuskan hutang mereka.
“Peneroka tidak suka lagi kepada Ku Li. Kalau dia bertanding, undinya akan merudum. Ramai peneroka tidak akan undi beliau.
“Saya sudah beritahu, kalau nak bertanding lagi kerana selesaikan hutang ini dulu. Saya beritahu Ku Li, peneroka marah kerana mereka ditipu,” kata Abdul Aziz yang juga ketua peneroka Jeram Tekoh. Kesedar.
Abdul Aziz juga mendakwa, beberapa lagi AJK Umno Gua Musang juga tidak setuju jika Ku Li terus bertanding dalam pilihan raya umum 13.
Borang Amanah
Kata beliau, generasi muda sudah tidak menghiraukan lagi Ku Li di Gua Musang walaupun telah menjadi ahli parlimen selama 37 tahun.
“Saya boleh katakan sambutan orang terhadap Ku Li tidak sama semasa beliau menjadi bos Semangat 46,” katanya.
Menurut Abdul Aziz, beliau ternampak beribu-ribu borang NGO Amanah pimpinan Ku Li di Gua Musang.
Bagaimanapun, borang tersebut belum diedarkan kepada orang ramai tetapi ramai berkata,`tidak ada orang nak masuk Amanah.’
“Mungkin Ku Li, jika tidak dicalonkan oleh BN mahu bertanding atas tiket bebas Amanah seperti yang dibuat selepas keluar Umno dulu,” kata Abdul Aziz.
PAS dilaporkan sedia membenarkan Ku Li bertanding atas tiket parti itu jika beliau tidak dicalonkan BN dalam pilihan raya umum 13.
No comments:
Post a Comment