Tuesday, 6 March 2012

Isu surat didakwa ditulis Mong hebat diperkatakan

Posted on March 5, 2012, Monday

KUCHING: Isu surat yang didakwa ditulis oleh Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Pemasaran) Datuk Mong Dagang yang meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghentikan serta-merta bantuan kepada seorang lelaki kurang upaya (OKU), mendapat pelbagai reaksi terutamanya dalam kalangan warga maya.
Surat yang bertarikh 8 Disember 2011 itu didakwa menggunakan kepala surat Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Pemasaran) 2011 dan didakwa ditandatangani oleh Mong.
Surat terbabit yang dimuat naik dan tersebar meluas dalam laman sosial Facebook tertera: “Saya memohon agar semua bentuk bantuan kerajaan yang telah diberikan oleh pihak tuan kepada Encik Frusis Lebi seorang Orang Kurang Upaya (OKU) dari Entulang Entawa, Sri Aman selama ini diberhentikan dengan serta-merta.
“Ini adalah kerana beliau menentang dasar kerajaan dan menyokong secara terbuka calon pembangkang pada pilihan raya umum 2011 lepas.”
Surat itu mendakwa, Mong mendakwa lelaki OKU berkenaan menyediakan bilik operasi untuk calon pembangkang.
Usaha Utusan Borneo untuk mendapatkan penjelasan daripada Mong mengenai isu tersebut tidak berhasil kerana beliau gagal dihubungi walaupun beberapa panggilan dibuat.

No comments:

Post a Comment