Posted on March 7, 2012, Wednesday
KUCHING: Sebuah parti baharu yang didakwa untuk dianggotai lima bekas ahli Parti Demokratik Progresif Sara-wak (SPDP) kini sedang diusahakan dan kemungkinan didaftarkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Menurut sumber semalam, parti baharu yang dinamakan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) telah menghantar permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) baru-baru ini.
Pengarah ROS Negeri, Ken Leben bagaimanapun, tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan pengesahan, tetapi sumber memberitahu, kelulusan bagi pendaftaran parti baharu itu dijangka berlaku tidak lama lagi.
Dengan adanya peluang parti baharu itu diluluskan, ia dikatakan menjadi medan kepada penyelesaian bukan sahaja bagi Ahli Dewan Unda-ngan Negeri (ADUN) yang dipecat dari SPDP, tetapi juga menamatkan isu paling gen-ting iaitu kerusi Parlimen Mas Gading.
Sebelum ini, SPDP berulang kali mengumumkan parti tidak akan mencalonkan semula penyandang kerusi Mas Gading, Datuk Dr Tiki Lafe pada PRU13 akan datang.
Ia bagaimanapun tidak dapat diterima baik oleh peringkat akar umbi, terutamanya mereka yang menyokong Dr Tiki dan ADUN Tasik Biru, Datuk Peter Nansian Ngusie.
Bukan itu sahaja, dikatakan dengan penubuhan parti baharu itu, segala isu akan ber-akhir kerana sejurus sahaja didaftarkan, ini bermakna ia diterima BN dan bukan sahaja diberikan kepada konstituensi Mas Gading tetapi juga kerusi DUN Marudi (Datuk Sylves-ter Entri Muran), Bekenu (Rosey Yunus) dan Batu Da-nau (Paulus Palu Gumbang).
Nansian yang dihubungi semalam bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
“Seseorang itu berhak untuk mengatakan apa yang mereka mahu katakan. Pada saya lebih baik saya tidak me-ngulas perkara ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment