Sunday 18 March 2012

PRU13 pada 3 Jun?

Posted on March 17, 2012, Saturday

KUCHING: Kerajaan Malaysia sedang membincangkan kemungkinan mengadakan pilihan raya awal pada Mei atau Jun, sebelum penggal tamat pada awal 2013, demikian me-nurut empat pegawai yang enggan dikenali kerana perbinca-ngan diadakan secara sulit.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual berucap pada 26 Mac kepada kira-kira 4,000 kakitangan Kementerian Penerangan yang membantu menyelia pilihan raya, kata pegawai kerajaan tersebut.
Satu tarikh yang dicadangkan bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ialah 3 Jun, demikian menurut para pegawai itu.
Pakatan pemerintah Barisan Nasional (BN) mahu menerus-kan penguasaannya selama 55 tahun, dan pemilihan awal akan membolehkan Najib untuk mengambil kesempatan dari-pada sokongan rakyat yang semakin meningkat selepas kerajaan mengumumkan bantuan kewangan selain menjanjikan pindaan kepada undang-undang keselamatan.
Tahap kepuasan hati terhadap kepimpinan Najib naik kepada 69 peratus pada bulan le-pas daripada 59 peratus pada Ogos lalu, demikian menurut satu tinjauan.
“Semua tanda seakan-akan menjurus kepada pilihan raya pada hujung Mei atau awal Jun,” kata seorang penganalisis politik di Universiti UCSI di Kuala Lumpur, Ong Kian Ming, menerusi telefon.
“Ia adalah waktu yang terbaik bagi Najib. Jika beliau mahu menunggu lebih lama lagi, mungkin perkara lain akan timbul dan sokongan yang beliau nikmati ekoran bantuan kewangan yang diberikan pada awal tahun ini boleh lenyap.”

No comments:

Post a Comment