Monday 26 March 2012

Pemimpin akar umbi berperanan penting tentukan kejayaan BN hadapi PRU13

Posted on March 26, 2012, Monday

BINTULU: Pemimpin akar umbi memainkan peranan amat penting dalam menentukan kejayaan Barisan Nasional(BN) menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
“Pemimpin-pemimpin akar umbi seperti pengayuh yang akan menggerakkan perahu ke hadapan,” kata Setiausaha Agung BN Negeri Datuk Dr Stephen Rundi Utom.
Beliau berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengakui peranan yang dimainkan oleh kepimpinan akar umbi yang boleh menjamin perpaduan dan persefahaman di kalangan parti komponen BN.
“Kepimpinan peringkat akar umbi sebagai pengayuh mesti berani untuk menentukan hala tuju yang betul yang perlu diikuti oleh ketua-ketua mereka.
“Mereka tidak boleh malu untuk berbincang dengan pemimpin-pemimpin mereka.
“Kita berada dalam perahu yang sama (BN) tetapi kita masing-masingnya mempunyai ketua yang berbeza untuk memimpin,” katanya.
Empat parti komponen BN iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) perlu bekerjasama sebagai pasukan yang bersatu untuk memastikan ia boleh terus memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat.
“Marilah kita menggunakan kekuatan masing-masing untuk maju dan jangan tenggelamkan bot, kita perlu melihat secara objektif bahawa akar umbi memainkan peranan yang cukup penting dan bertanggungjawab,” kata Menteri Muda Kesihatan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi) pada majlis pemimpin bersama rakyat di Uma Bawang 112 pintu, Sungai Asap Belaga kelmarin (Sabtu).
Beliau menambah Perdana Menteri sendiri sering bertanya mengenai kepimpinan akar umbi untuk mendapatkan maklum balas mereka dan bukan kerana mereka berada dalam kedudukan teratas.
“Ini jelas menunjukkan bahawa menang atau kalah diputuskan oleh kumpulan-kumpulan ini, ia akan berubah dari bawah ke atas,” katanya.
Dr Rundi yang juga Ahli Dewan Undangan Ngeri Kemena juga menegaskan mengenai peranan penting kepimpinan akar umbi dalam memilih calon-calon yang boleh menang untuk BN dalam setiap pilihan raya.

No comments:

Post a Comment