Monday 21 October 2013

Sarawak akan tetap bersama Semenanjung - Najib

NAJIB Razak (tengah) bersama Presiden PBB, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (dua kiri) dan barisan pucuk pimpinan parti mengibarkan bendera PBB dan Barisan Nasional pada Perhimpunan Agung ke-13 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak, di Kuching hari ini. - UTUSAN


KUCHING 21 Okt. - Rakyat Sarawak walaupun sekali imbas mempunyai sentimen kenegerian yang agak menebal dan berbeza latar budayanya namun hati kecil mereka tetap akan bersama Semenanjung, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, rakyat di Semenanjung juga sedar bahawa mereka perlu menilai, memberi penghargaan dan memahami kelainan itu.

Katanya, mereka juga memahami bahawa Sarawak merdeka dalam Malaysia di atas persefahaman, perjanjian dan kuasa-kuasa tertentu.

"Saya sebagai Perdana Menteri amat memahami perkara ini, sebab itulah kita ada hubungan baik dan akrab di antara negeri dan pusat.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Pehin Seri (Abdul Taib Mahmud) kerana konsisten menjadi rakan yang bersama-sama dengan kita dalam senang dan susah," katanya.

Najib yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berucap demikian sewaktu merasmikan Perhimpunan Agung Ke-13 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment