Thursday 10 October 2013

Projek paip graviti DAP pinggirkan penduduk

Menyebabkan penduduk Kampung Sait terus menetap di situ walaupun hanya dibekalkan kemudahan asas

KUCHING: Usaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak membina projek bekalan air paip graviti di Kampung Sait, Muk Ayun Bengoh dekat sini hanya menyukarkan lagi keadaan di situ.

Menteri Muda Kesihatan Awam merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bengoh Datuk Dr Jerip Susil berkata tindakan DAP itu akan menyebabkan penduduk terbabit terus terpinggir daripada arus pembangunan kerana akan memilih menetap di situ walaupun hanya dibekalkan dengan kemudahan asas.

Bagaimanapun ujarnya, DAP tidak memikirkan kesan jangka panjang tindakan mereka itu kepada penduduk kampung berkenaan yang sudah tentu akan terpinggir daripada arus pembangunan.

Beliau turut menyifatkan tindakan DAP itu seperti menangguk di air yang keruh, mengambil kesempatan terhadap masalah yang berlaku di kampung berkenaan.

“Memang mereka (penduduk kampung) enggan berpindah kerana merasa-kan semuanya sudah ada, bekalan api dan air tetapi bagaimana dengan sekolah serta kemudahan lain seperti klinik. Mereka akan tinggal terasing jauh dari dunia luar apabila kerja takungan siap sepenuhnya.

“Perkara inilah yang gagal difikir oleh DAP, mereka mengambil kesempatan ke atas apa yang berlaku di Kampung Sait,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dr Jerip menambah, jika penduduk kampung itu memilih untuk terus tinggal di situ, mereka mungkin boleh menyebabkan pencemaran di kawasan tadahan air kerana mereka tinggal di kawasan tinggi yakni di atas paras air dan jika ia berlaku DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) harus bertanggungjawab.

Katanya lagi DAP hanya melakukan perkara yang selama ini diperjuangkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu menyedia-kan kemudahan bekalan air menerusi tekanan graviti dan kini dalam proses penambah-baikan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan.

“Ini mesej saya kepada DAP khasnya, jika mereka mahu mengendali dan menyelesaikan masalah rakyat di kawasan luar bandar, fahami dahulu masalah serta keperluan mereka sebelum mengambil langkah penyelesaian.

“Bukannya saya bersikap perkauman tetapi hakikatnya apabila Cina memasuki kawasan luar bandar yang penduduknya Dayak, mereka tidak faham budaya, cara hidup, keperluan serta masa-lah di situ.

“Kita BN faham keperluan serta masalah penduduk luar bandar,” tambahnya.

Katanya di penempatan semula di Semadang semua kemudahan asas termasuk sebuah sekolah rendah dibina di situ.

Dr Jerip berkata demikian apabila diminta meng-ulas mengenai usaha DAP Sarawak membina projek bekalan air paip graviti di Kampung Sait, Muk Ayun Bengoh dekat sini.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen telah menyempurnakan majlis pelancarannya baru-baru ini.

Sementara itu Ahli Parlimen Mambong Datuk Seri Dr James Dawos Mamit percaya usaha parti pembangkang itu tidak akan menjejaskan rekod BN khasnya di Parlimen Bengoh.

Katanya kampung terbabit didiami hanya beberapa keluarga yakni penduduk yang enggan berpindah ke penempatan semula di Semadang dan kampung asal mereka ialah Kampung Taba Sait antara empat kampung yang perlu dipindahkan.

“Terpulang kepada apa yang DAP hendak lakukan di sana (Kampung Sait, Muk Ayun).

“Penduduk di situ hanya sedikit setelah mereka menyatakan enggan berpindah walaupun ketua kampungnya sudah me-nyatakan persetujuan untuk berpindah.

“Kalau penduduk memilih untuk terus tinggal di sana itu hak mereka, kita tidak halang tetapi bersedia sahaja untuk tinggal terasing dari dunia luar, tiada kemudahan awam lain. Itu pilihan mereka,” katanya sambil menambah kerajaan telah berusaha melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Pada masa sama Dawos mencabar DAP Sarawak agar membuka pejabatnya di lokasi sama agar mereka turut tinggal terasing dari dunia luar sama seperti penduduk di situ apabila Empangan Bengoh beroperasi sepenuhnya nanti.- theborneopost

No comments:

Post a Comment