Monday, 21 October 2013

Keunikan pendirian rakyat Sarawak difahami dan dihargai: Najib

KUCHING: Kerajaan persekutuan tetap menghormati keunikan pendirian rakyat Sarawak biarpun adakalanya berbeza dengan rakyat di negeri di Semenanjung, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini. 

Beliau berkata walaupun wujud sentimen yang agak parokial dalam kalangan rakyat di Sarawak namun ia tidak menggugat kesetiaan mereka sebagai rakyat Malaysia. 

"Memang ada semangat Ngap Sayotnya, memang ada semangat nak mengikis bulu betis, memang ada kelainannya tetapi dalam hati kita tetap bersama-sama dengan Semenanjung," katanya semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Ke-13, di sini. 

"Saya faham kita perlu menilai dan memberi penghargaan dan memahami kelainan kita," katanya. 

Namun, kata Najib, kelainan ini tidak menghalang kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk menjalin hubungan yang akrab selama ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment