Thursday, 21 November 2013

PKR sokong Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Perumahan

KUCHING: Pakatan pembangkang Sarawak semalam menyokong Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Perumahan (Pelesenan dan Kawalan) 2013 bagi mengawal selia perniagaan pemaju perumahan dan untuk melindungi kepen-tingan pembeli.

See Chee How (PKR-Batu Lintang) berkata demikian ekoran peruntukan dalam Ordinan Pemaju Perumahan (Pelesenan dan Kawalan) 1993 sebelum ini tidak mencukupi bagi melindung kepentingan pembeli rumah.

“Rang Undang-Undang HDCL 2013 dimasuk-kan dalam usaha untuk melindungi pembeli, dalam Bahagian II rang undang-undang mengadakan per-untukan bagi perkara yang berhubungan dengan pelesenan pemaju perumahan.

“Keadaan baharu yang ditetapkan dalam Seksyen 7 (a) memerlukan pemohon mempunyai modal diterbitkan dan berbayar dan telah membuat deposit amaun sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan.

“Sebelum ini, dalam Seksyen 6 (a) hanya memerlukan deposit sebanyak RM100, 000 atau 5 peratus daripada nilai kerja-kerja atau yang mana lebih rendah,” katanya ketika ucapan perbahasan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Antara projek perumahan yang masih terbengkalai di negeri ini termasuk Taman Bayside, Jalan Batu Kawa dan Taman Petronesa 2 di Jalan Tan Sri Abang Ikhwan Zaini. - theborneopost

No comments:

Post a Comment