Thursday 25 July 2013

Dua ahli Parlimen dan lima lagi didakwa anjur, sertai perhimpunan ‘Blackout 505’

KUALA LUMPUR: Dua ahli Parlimen, seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan empat lagi didakwa di Mahkamah Sesyen berhubung perhimpunan ‘Blackout 505’, bulan le-pas.

Kesemua mereka me-ngaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Bagi pertuduhan utama, ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook, 36, ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli, 36, dan sekretariat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Muhammad Adib Ishar, 24, didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas menganjurkan perhimpunan tanpa mematuhi syarat Ketua Polis Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad iaitu memperoleh persetujuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Padang Merbok.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Padang Merbok, Jalan Parlimen di sini antara jam 2 dan 6 petang pada 22 Jun lepas mengikut Seksyen 15(3) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membawa hukuman maksimum denda RM10,000 jika sabit ke-salahan.

Bagi pertuduhan pilihan, sebagai penganjur mereka didakwa gagal menyertakan salinan persetujuan DBKL bertarikh 12 Jun 2013, 10 hari sebelum perhimpunan diadakan kepada Zainuddin.

Mereka didakwa me-ngikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman maksimum denda RM10,000 jika sabit ke-salahan.

Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin, bagaimanapun peguam Thomas Su, yang mewa-kili Loke, memohon bon peribadi dengan mengambil kira perkhidmatan anak guamnya sebagai ahli Parlimen Seremban serta anggota Dewan Undangan Negeri Chennah, Negeri Sembilan.

Peguam N.Surendran, yang mewakili Mohd Rafizi dan Muhammad Adib, turut memohon mahkamah mengenakan bon jaminan peribadi terhadap anak guamnya kerana ini merupakan kes saman.

Beliau juga berkata pertuduhan ke atas anak guam-nya adalah tidak berasas kerana perhimpunan itu diadakan secara aman serta tidak berlaku sebarang kekecohan.

“Selain itu, ia turut bercanggah dengan fasal 10 Perlembagaan Persekutuan yang mana menghalang rakyat untuk berhimpun dengan aman,” katanya.

Kalmizah pula berhujah jaminan yang ditawarkan adalah munasabah bagi memastikan kehadiran mereka di mahkamah.

Hakim Mat Ghani kemudian membenarkan mereka masing-masing diikat jamin dengan bon peribadi RM3,000 tanpa cagaran.

Empat lagi yang didakwa ialah Adam Adli Abd Halim, 25, pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhammad Safuan Anang@Talib, 24, sekreteriat SMM Ekhsan Bukharee Badarul Hisham, 22, dan Presiden Persatuan Islam Universiti Malaya Mohamed Bukhari Mohamed Sufian, 23.

Mereka didakwa me-nyertai perhimpunan yang diadakan di tempat larangan iaitu dalam pekarangan Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya antara 12 tengah hari dan jam 1.15 petang pada hari sama.

Mereka didakwa me-ngikut Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan mereka dibebaskan dengan bon peribadi RM2,000 tanpa cagaran dan menetapkan 23 September sebagai pengurusan kes. — Bernama

No comments:

Post a Comment