Monday 15 July 2013

DAP sokong kenyataan Manyin mahu kelulusan bertulis kerajaan pusat

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri menyokong kenyataan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong yang mahu kerajaan pusat menyediakan kelulusan bertulis dan bukannya sekadar secara lisan.

Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata, kelulusan bertulis itu mampu memberi keyakinan agar sesebuah projek itu bakal dilaksanakan sekali gus mengelakkan keraguan.

“Jika sesuatu itu diberi kelulusan secara lisan, ia mungkin sekadar cakap kosong. Sebab itu kelulusan bertulis penting bagi memberi keyakinan bahawa projek itu akan terlaksana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat DAP Negeri di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Manyin dalam laporan akhbar semalam yang menyifatkan kelulusan secara lisan tidak bermakna.

Perkara itu adalah merujuk kepada beberapa projek kerajaan persekutuan yang belum dilaksanakan di negeri ini.

Chong turut menyifatkan kenyataan Manyin itu timbul mungkin disebabkan kecewa dengan kerajaan pusat yang gagal melaksanakan sesuatu projek seperti yang dijanjikan.

“Ini menunjukkan seseorang menteri kecewa dengan kepimpinan kerajaan pusat dan dengan itu, kita (DAP) berkongsi sentimen dengan Manyin,” katanya.

No comments:

Post a Comment