Friday, 16 August 2013

Pemuda UMNO kecam keras kenyataan fitnah Chong

KUALA LUMPUR: Per-gerakan Pemuda UMNO mengecam sekeras-kerasnya tindakan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen yang melemparkan tohmahan kononnya insiden kes tembak yang berleluasa di negara ini adalah sebahagian daripada sandiwara Barisan Nasional (BN).

Ketua Pergerakan itu Khairy Jamaluddin berkata, tohmahan Chong merupakan satu bentuk hasutan politik yang jahat, serius dan keterlaluan, dilihat bertujuan mempengaruhi rakyat bagi membenci BN selaku kerajaan yang dipilih secara sah pada pilihan raya umum lalu.

Beliau berkata, kenyataan Chong sebagai pemimpin kanan DAP dan juga anggota Parlimen Bandar Kuching, itu jelas menampakkan tembelang pembangkang bagi memperjuangkan politik kebencian dan perpecahan dalam kalangan rakyat.

“Pergerakan Pemuda UMNO mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan ‘politik kotor’ Chong dan berharap ia membuka mata rakyat tentang kualiti pemikiran dan perjuangan politik para pemimpin pembangkang,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Isnin lalu, menerusi laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan, The Borneo Post, Chong mendakwa kes pembunuhan melibatkan senjata api dibiarkan berleluasa bagi membolehkan kerajaan BN menggubal undang-undang baharu menggantikan Ordinan Darurat (EO).

Undang-undang baharu itu kemudian akan disalah guna oleh para pemimpin atasan BN untuk meng-aniayai pembangkang, kata-nya.

Mengulas lanjut, Khairy berkata Pemuda UMNO turut membuat laporan polis terhadap kenyataan Chong itu dan berharap satu tindakan undang-undang yang tegas dan adil dapat dilaksanakan. — Bernama



No comments:

Post a Comment