Friday, 16 August 2013

Laporan polis, Yong selar tindakan Khairy

KUCHING: Setiausaha Penganjur DAP Negeri, Violet Yong menyelar tindakan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin susulan laporan polis terhadap Pengerusi DAP Negeri Chong Chieng Jen atas dakwaan hasutan.

Yong yang tidak berpuas hati dengan tindakan Khairy itu menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) me-lihat isu sebenar yang cuba dibangkitkan oleh Chong berhubung kadar jenayah yang semakin membimbangkan.

Beliau yang menjangka-kan perkara ini turut percaya tindakan itu adalah demi kepentingan politiknya memandangkan pemilihan UMNO bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Saya tidak terkejut dengan tindakan Khairy ini memandangkan pemilihan UMNO bakal diadakan tidak lama lagi.

“Jika dakwaan ke atas Chong adalah disebabkan kenyataan berbaur hasutan, mengapa Khairy tidak membuat laporan polis ke atas kenyataan sama yang dibuat oleh pemimpin BN dan PERKASA yang lain sebelum ini?” soal Yong.

Pada sidang media di Ibu Pejabat DAP semalam, Yong yang juga Ahli Dewan Un-dangan Negeri (ADUN) Pending turut sangsi mengapa kerajaan perlu menggunakan Ordinan Darurat (EO) untuk menangani jenayah.

Sedangkan menurut Yong, negara-negara jiran seperti Singapura dan Thailand tidak perlu menggunakan undang-undang yang sama untuk memastikan keselamatan masyarakatnya.

“Adakah polis tidak berguna lagi hingga kita perlu bergantung kepada EO untuk menangkap penjenayah? Di Malaysia, kadar jenayah semakin meningkat tetapi keupayaan polis semakin menurun,” tambahnya.

Yong turut berharap Khairy atau kerajaan yang memerintah hari ini menghentikan permainan politik untuk mengalih perhatian umum daripada isu sebenar.

Rabu lepas, Khairy tampil membuat laporan polis ter-hadap Chong susulan kenya-taan Pengerusi DAP Negeri itu yang berbentuk hasutan dan keterlaluan.

Pada sidang media Isnin lepas, Chong berkata sese-tengah sektor dalam BN termasuk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menggunakan peningkatan kadar jenayah dan kes pembunuhan senjata api sebagai alasan memperkenalkan semula undang-undang pencegahan seperti EO.

Undang-undang tersebut kemudiannya akan disalah guna oleh para pemimpin BN untuk menganiayai pembangkang, kata Chong sebagai memetik laporan akhbar baru-baru ini. - 


No comments:

Post a Comment