Wednesday 21 May 2014

Tuntutan peningkatan royalti minyak dan gas dikemuka

Usul kepada Parlimen bagi tingkatkan bayaran royalti kepada Sarawak daripada 5 peratus kepada 20 peratus

KUCHING: Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen telah menge-mukakan usul kepada Parlimen untuk mendapatkan pertimbangan daripada kerajaan pusat bagi me-ningkatkan bayaran royal-ti minyak dan gas kepada Sarawak daripada lima peratus kepada 20 peratus.

Usul tersebut menurut Chong merupakan susulan daripada keputusan yang dicapai pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 6 Mei lepas untuk meluluskan usul bagi meningkatkan bayaran royal-ti minyak dan gas kepada Sarawak.

“Saya telah mengemuka-kan usul hari ini (semalam) untuk dibentangkan pada Parlimen yang akan berlangsung pada 10 Jun depan,” kata Chong pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini semalam.

Bagaimanapun menurut Chong usul tersebut ber-kemungkinan tidak bersinar memandangkan keutamaan kebiasaannya diberikan kepada Ahli Parlimen untuk membentangkan rang-rang bagi pindaan atau memperkenalkan undang-undang baharu.

Justeru beliau menggesa semua Ahli Parlimen Sarawak sama ada daripada Barisan Nasional (BN), TERAS dan Pakatan Rakyat (PR) memberi sokongan penuh kepada usul tersebut.

Tambah Chong, PR ketika ini mempunyai 87 kerusi di Parlimen manakala 25 kerusi dimiliki BN Sarawak dan TERAS dan keputusan untuk usul itu diluluskan adalah bergantung kepada kesepakatan Sarawak.

“Jika PR memenangi ke-dua-dua Pilihan Raya Kecil akan datang maka kami akan mempunyai 89 Ahli Parlimen ditambah 25 Ahli Parlimen dari Sarawak dan TERAS menjadikan semua 114 yang setuju,” tambahnya.

Chong turut tidak menolak Ahli-ahli Parlimen Sabah berkemungkinan juga akan bersetuju dengan usul tersebut.

Dalam pada itu pada 6 Mei lepas ketika Persidangan DUN, ADUN Semop Abdullah Saidol yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN meminda usul asal DAP-Kota Sentosa untuk meningkatkan royal-ti minyak dan gas kepada Sarawak.

Abdullah menjelaskan bahawa kerajaan negeri juga akan mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atau kementerian yang berkaitan untuk mengatur rundingan meja bulat bagi membincangkan perkara ini.




No comments:

Post a Comment