Wednesday 11 December 2013

PKR tempelak fitnah pemimpin BN

Dakwaan rancangan untuk berdemo di hadapan kediaman Taib bukan rancangan PKR seperti yang didakwa dalam sebuah akhbar rasmi negeri.

MIRI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menempelak dakwaan pimpinan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) bahawa PKR akan mengadakan satu demonstrasi di depan kediaman Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Dakwaan rancangan untuk berdemo di hadapan kediaman Taib bukan rancangan PKR seperti yang didakwa dalam sebuah akhbar rasmi negeri.

Jurucakap PKR Sarawak, Zulhaidah Suboh menegaskan bahawa PKR Sarawak tidak terlibat dengan demonstrasi yang bakal di rancang depan kediaman Ketua Menteri, Taib Mahmud yang dikaitkan dengan seorang individu bernama Che’gu Bard yang kononnya daripada PKR pusat.

“Tiada sebarang perancangan dan perbincangan antara pimpianan PKR berkenaan dengan demo yang menjadi ketakutan BN,

“Sebelum membuat sebarang komen kerajaan seharusnya mencari fakta kebenaran dan bukan semberono menabur fitnah,

“Jika ada sekali pun rakyat pro PKR yang terlibat, mereka bukan wakil PKR. Kehadiran mereka atas kapasiti individu dan aktivis semata mata.” beliau berkata kepada FMT mengenai isu demo terbabit.

ADUN Semop, Abdullah Saidol berkata Taib Mahmud mendapat mandat yang besar paa Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas dan tiada sebab untuk menggesa Taib meletak jawatan.

Abdullah dalam satu kenyataan berkata; “Dari mana PKR mendapat hak untuk menuntut Ketua Menteri kami meletak jawatan?”

Zulhaidah juga berkata pimpinan BN Sarawak sudah lupa bahawa Taib Mahmud pernah mengumumkan beliau akan berundur daripada jawatan tertinggi itu semasa beberapa Pilihan Raya Negeri yang lepas.

“Siapa sebenarnya penipu dan pembohong?” ujar beliau

Beliau juga menegaskan bahawa PKR tidak pernah mengamalkan budaya politik kasar dan biadap seperti kenyataan ADUN Semop.

“PKR merupakan sebuah Parti yang banyak memberi kesedaran dan membuka minda rakyat Sarawak tentang sistem bobrok yang dilaksanakan oleh BN selama ini terutamanya di Bumi Kenyalang,

“Inilah yang menjadi ketakutan pemimpin BN,” lanjut beliau

Sementara itu, Ketua Pemuda PBB Sarawak Fadillah Yusof yang juga Menteri Kerja Raya pula menyarankan supaya demontrasi diadakan di depan kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim yang nyata bercakap bohong dan memburukkan imej Malaysia.

“Adakah Fazillah tidak tahu atau pura-pura tidak tahu sepanjang Malaysia diterajui oleh Datuk Seri Najib Tuan Razak telah mencatatkan rekod buruk dari segi ekonomi, peningkatan rasuah, campur tangan dalam Jabatan Kerajaan, sistem kehakiman dan banyak lagi,

“Imej Malaysia tercalar bukan kerana PKR tapi fakta sebenar Kerajaan BN menyebabkan sokongan BN kian pudar dan rakyat semakin muak dengan janji-janji manis semasa pilihanraya tapi gagal dikotakan dan di laksana dengan rasional,

Che’gu Bard merupakan Pengasas kumpulan aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Beliau berkata kenyataan pemimpin BN ini sengaja melaga-lagakan ahli dan penyokong PKR.

“Tapi malangnya rakyat Sarawak kian bijak dan kini lebih berinformasi. BN dan fitnah tidak dapat dipisahkan.” tegas beliau. - FMT

No comments:

Post a Comment