Jengkaut, kren dihantar ke lokasi kejadian untuk apungkan bot ekspres karam
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sebuah syarikat swasta bersetuju untuk membiayai perbelanjaan mengapungkan bot ekspres yang karam di Giam Bungan, Sungai Rajang, Selasa lepas.
Katanya, jengkaut dan kren telah dihantar ke lokasi kejadian untuk mengapungkan bot itu.
“Ia melibatkan pihak swasta dan mereka telah me-nyatakan persetujuan untuk membiayai kesemua operasi tambahan berkenaan, di sam-ping operasi-operasi yang dijalankan sekarang.
“Saya yakin apabila air dari Empangan Bakun dilepaskan maka paras air akan berada di ta-hap yang agak tinggi dan ia me-mudahkan operasi,” katanya.
Selasa lepas, sebuah bot ekspres yang membawa lebih 200 penumpang karam di Giam Bungan, Sungai Rajang.
Polis setakat ini mengesah-kan tiga penumpang masih hilang, satu mayat ditemui dan 204 yang lain selamat.
Terdahulu, Ahmad Zahid menerima kunjungan hormat Ketua Operasi Persatuan Bulan Sabit Merah Asia Barat, Asia Timur dan Pasifik Alain Aeschlimann di kementeriannya.
Hasil pertemuan itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan memberi keizinan kepada Aeschlimann untuk meng-adakan lawatan ke seluruh penjara di negara ini bagi me-lihat aspek kemanusiaan dan kemudahan pemulihan di- sediakan kepada banduan.
“Kami akan terus memberi keizinan kepada pihak beliau bagi mengadakan lawatan, pertamanya untuk melihat aspek-aspek kemanusiaan dari segi kemudahan latihan dan pemulihan ke atas orang yang ditahan atau banduan.
“Di samping itu beliau juga akan melihat kemudahan-kemudahan yang didapati di kem-kem tahanan imigresen, yang melibatkan wargane-gara asing,” katanya.
Aeschlimann berkata pi-haknya akan mengemuka-kan cadangan dan saranan selepas lawatan itu sekiranya perlu. — Bernama
No comments:
Post a Comment