Thursday 22 December 2011

Tiada unsur jenayah dalam kes kebakaran di ibu pejabat SUPP

 

KUCHING, RABU, 14 Disember, 2011:

POLIS hari ini menolak kemungkinan adanya unsur jenayah dalam kes kebakaran di ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) awal pagi semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mortadza Nazarene, berkata siasatan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati tiada sebarang petunjuk yang membuktikan kejadian itu berpunca daripada faktor khianat.

"Pihak bomba dalam membuat siasatan mendapati tiada unsur jenayah. Tempat itu (Ibu Pejabat SUPP) memang ada pengawal. Kita ambil keterangan daripada mereka dan siasatan seperti biasa," katanya ketika ditemui selepas program tinjauan dan pemantauan Ops Sikap sempena perayaan Hari Krismas di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Sarawak di sini.

Berhubung dakwaan ada orang dalam mungkin terbabit dalam kebakaran itu, beliau berkata, Polis perlu ambil keterangan pihak yang mendakwa itu, kalau ia ada seperti dikatakan".

Dalam kebakaran itu, bahagian bilik mesyuarat di tingkat bawah ibu pejabat SUPP rosak setelah terbakar kira-kira jam 3.50 pagi.  - BERNAMA

No comments:

Post a Comment