Monday 12 December 2011

RM 500...untuk siapa???

Siapa yang layak, ramai yang masih tertanya-tanya? kalau kurang RM 3000 kebawah sebulan pendapatan isi rumah layak memohon, adakah anda :

Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;

Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;

Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan

Warga emas sebatang kara...

dapatkan borang SEKARANG di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

Bila dapat? Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012

1 comment:

  1. Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 boleh didapati secara percuma mulai hari ini, di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah terpilih dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, maklumat lanjut boleh diakses dengan melayari laman web, http://www.treasury.gov.my atau menghubungi talian 1-800-222-500

    ReplyDelete