Thursday, 12 January 2012

BAYARAN GAJI JANUARI 2012 BERDASARKAN SISTEM SARAAN MALAYSIA (SSM)

Seperti yang kita semua sedia maklum, penghantaran Borang SBPA telah dilanjutkan sehingga 15 Januari 2012 dan kerana itu juga pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari 2012 ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dibayar pada 31 Januari 2012 ini. Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari 2012 berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari 2012. Dengan ini pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA akan dibuat seperti biasa mengikut jadual mulai Februari.

No comments:

Post a Comment