Wednesday 11 September 2013

Keputusan di tangan BN pusat



RASMI: Taib memalu beduk sebagai simbolik perasmian Seminar Budaya Melayu Sarawak Keenam di Kuching, semalam. Turut kelihatan Adenan (kiri) dan Pengerusi Seminar Budaya Melayu Keenam Profesor Madya Datu Sanib Said. — Gambar Muhd Rais Sanusi
KUCHING: Parti-parti politik yang baharu diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) bebas memohon untuk menjadi komponen Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, Ketua Men-teri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menegaskan, keputusan untuk menerima atau menolak permohonan itu bergantung kepada persetujuan BN pusat.

Menurutnya, keputusan itu juga akan mengambil kira pandangan dan pendapat para pemimpin semua parti komponen dalam BN.

“Bukan saya yang memutuskan. Perkara seperti ini perlu diputuskan di peringkat pusat, iaitu pada Mesyuarat BN Pusat akan datang.

“Malahan, ia memerlukan persetujuan serta kesepakatan daripada kesemua pemimpin parti di mana mereka perlu bersetuju pada mesyuarat diadakan,” ujarnya ketika di-temui pemberita selepas me-rasmikan Seminar Budaya Melayu Sarawak Keenam anjuran Amanah Khairat Yaya-san Budaya Melayu Sarawak di sini, semalam.

Taib yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata, tidak wujud paksaan bagi parti baharu untuk menyertai sama ada BN atau pembangkang.

Baru-baru ini, ROS meluluskan penubuhan 20 parti politik baharu dengan lima daripadanya di Sarawak iaitu Parti Ekonomi Sarawak Bersatu (PERSB), Parti Bumi Kenyalang (PBK), Parti Bansa Da-yak Sarawak Baru (PBDS Baru), People’s Alliance for Justice of Peace dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

Dua daripada parti tersebut iaitu PBDS Baru dan TERAS kemudiannya mendakwa me-reka lebih mesra BN.

PBDS Baru melalui Presiden Protemnya Louis Jarau menegaskan pendirian parti sebagai mesra BN buat masa ini dan sebarang perubahan akan ditetapkan selepas Me-syuarat Agung Tahunan pertama parti kelak.

Manakala, TERAS mungkin akan membuka pintu parti itu kepada lima bekas pemimpin Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) atau lebih dikenali Kumpulan Berlima (G5), selepas Kelab BN dikatakan ditubuhkan oleh penyo-kong kelab itu.

Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya pada seminar berkenaan, Taib berkata rakyat pelbagai kaum di negeri ini perlu berubah, berfikiran terbuka dan sedia bekerjasama dengan kaum-kaum berbeza untuk mencapai sesuatu ke-majuan.

Ketua Menteri berkata, ini berbeza dengan budaya lama yang mana sesuatu kaum cenderung bekerjasama hanya dengan kaum sendiri sahaja.

“Apa sahaja kemajuan yang berasingan dan bertentangan dengan kaum lain akan mendapat tentangan. Namun, apa yang lebih baik adalah be- kerjasama dengan kaum-kaum lain,” katanya sambil menegaskan, kemampuan negeri untuk mencapai kemajuan bergantung kepada produktiviti semua kaum.

Beliau yang juga pencetus idea kepada penubuhan Simposium Budaya pada tahun 1988 berkata, ia bertujuan membawa para pemimpin semua kaum berfikiran secara serius dan mendalam mengenai nasib kaum masing-masing.

“Ini termasuk arah mana mereka memperjuangkan nasib mereka sendiri dalam konteks semua kaum serta kesedaran untuk menyedari kekuatan dan kelemahan kita sendiri.

“Ada kelemahan ini dapat kita atasi kerana ada usaha kita sendiri dahulu, dan kekuatan kita yang boleh kita gunakan tanpa membawa pergaduhan dengan orang lain,” jelasnya.

Mengulas mengenai Seminar Budaya Melayu itu, Taib berkata, ia amat penting bagi menyemai kesedaran dalam kalangan kaum Melayu bahawa ia bukan sahaja mengenai soal pemeliharaan budaya, tetapi juga keterbukaan pemikiran.

Tambah beliau, pemikiran terbuka amat penting kepada orang Melayu untuk bekerjasama dengan kaum-kaum lain bagi mencapai kemajuan masa hadapan, yang disifatkannya sebagai mencabar.

“Orang Melayu amat kaya dengan budi perkerti, saling menghormati serta bertimbang rasa. Mereka adalah golongan penting bagi semua rakyat yang mahu mencapai perpaduan dan keharmonian masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Tugas-Tugas Khas merangkap Pengerusi Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sara-wak Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berkata, seminar itu mendapat sambutan memuas-kan dari seluruh bahagian.

“Seramai lebih 300 peserta yang terdiri daripada sarjana, pegawai, profesional, ahli pertubuhan sukarela, rakan Facebook, penggiat media sosial, ahli perniagaan, pelajar dan mahasiswa (menyertai seminar).

“Satu ucap tama akan dibentang untuk menggariskan arah tuju seminar ini. Di samping itu, sebanyak 15 kertas kerja akan dibentangkan oleh sarjana-sarjana terdiri daripada anak Melayu Sarawak sendiri,” katanya sambil memberitahu, kertas kerja itu merangkumi bidang ekonomi, pendidikan, budaya, sejarah dan politik.

Tambah beliau, hasil bengkel nanti ialah resolusi yang akan dibentangkan pada Simposium Budaya Sarawak bulan ini, sebelum dipanjangkan kepada kerajaan negeri untuk dikaji dan dilaksanakan.

Seminar Budaya Melayu yang bertemakan ‘Bertaut Nilai, Berbentengkan Kemakmuran Saksama’ diadakan selama dua hari bermula semalam dan berakhir hari ini. - theborneopost

No comments:

Post a Comment