Friday 16 August 2013

Chong bertegas, tetap dengan kenyataannya

KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen berkata beliau tetap dengan kenyataannya bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sengaja membiarkan kadar jenayah di negara ini meningkat dengan niat untuk melaksanakan undang-undang pencegahan.

“Saya tetap dengan kenya-taan saya. Kami selama ini sentiasa tetap dengan apa yang telah kami nyatakan,” kata Ahli Parlimen Bandar Kuching itu semalam.

Beliau berkata, isu utama di sini bukan kenyataannya tetapi bagaimana untuk membendung kadar jenayah yang semakin meruncing.

“Mereka (pemimpin BN) seharusnya memikirkan bagai-mana membendung pening-katan kadar jenayah bukannya mengambil tindakan ke atas saya. BN ialah kerajaan. Polis di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan mereka melakukan tugas dengan teruk serta dahsyat. Tiada alasan mereka tidak boleh mengekal-kan keamanan negara,” ujar Chong.

Ditanya bagaimana beliau selaku seorang peguam boleh membuat kenyataan seperti itu tanpa bukti kukuh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa itu berkata: “Saya menggunakan perkataan ‘mengesyaki’… ke-rajaan BN nampaknya menggunakan situasi sekarang untuk memperkenalkan semula EO (Ordinan Darurat).”

Isnin lepas Chong pada satu sidang media berkata, “akhir-akhir ini pihak tertentu dalam BN termasuk Zahid (Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) menggunakan peningkatan kadar jenayah dan insiden tembak sebagai alasan untuk memperkenalkan semula undang-undang pencegahan seperti EO.

“Kita mengesyaki kadar jenayah dengan sengaja di-biarkan meningkat dan polis bersikap mengambil mudah mengenai perkara ini hanya membolehkan Zahid memperkenalkan semula undang-undang seperti EO yang akan memberi Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri kuasa penuh untuk menghalang pembangkang bersuara dan menekan pembangkang.”

Kenyataan Chong itu bagai-manapun dikecam beberapa pemimpin BN termasuk Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Kelmarin, Pemuda UMNO membuat laporan polis terhadap kenyataan Chong yang dikatakan berbentuk hasutan politik yang jahat. Laporan polis dibuat di Balai Polis Indera Mahkota Pahang.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dalam kenyataan akhbarnya menyifatkan kenyataan Chong itu sebagai ‘berniat jahat, menghasut dan keterlaluan.’

“Kenyataan itu jelas menghasut dengan niat memanipulasi rakyat agar membenci BN, kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat pada pilihan raya umum lepas,” kata Khairy.

Menteri Belia dan Sukan itu menambah sebagai pemim-pin kanan DAP dan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong jelas menampakkan tembelang pembangkang bagi memperjuangkan politik kebencian dan perpecahan dalam kalangan rakyat.

“Kita berharap rakyat boleh melihat kualiti pemikiran serta perjuangan pemimpin pembangkang,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Bernama melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata kenyataan Chong tindakan yang tidak bertanggungjawab dan jelas tidak benar.

“Adalah amat tidak bertanggungjawab untuk Chong membuat kenyataan seperti itu. Sebagai kerajaan bertanggungjawab, kita bekerja keras memastikan keamanan serta kestabilan negara. Mungkin ia juga strategi untuk mengalih tumpuan rakyat daripada krisis politik sedang dialami DAP ketika ini,” katanya.

Nancy menambah, semua pihak seharusnya bekerja sama menangani jenayah bukannya menuding jari antara satu sama lain. - 



No comments:

Post a Comment