Wednesday 27 June 2012

PKR suarakan kemampuan untuk menakluki Batang Lupar

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam menyuarakan kemampuan untuk menakluki Parlimen Batang Lupar pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Menurut Pengarah Pilihan Raya PKR Negeri Abang Zulkifli Abang Engkeh, pihak-nya telah mendapat respons yang baik daripada penduduk di situ sama ada melibatkan kaum Iban atau Melayu.

“Kami telah menggerakkan jentera dengan baik dan lancar di situ (Batang Lupar) dan saya percaya kami telah bergerak jauh ke hadapan berbanding jentera BN.

“Meskipun mereka (BN) menggunakan jentera KEMAS, RELA, JASA dan sebagainya, tetapi dari segi parti ke parti, saya rasa kami (PKR) mampu mengatasi mereka,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata semasa lawatan ke Rumah Ensika beberapa minggu lepas, pihaknya telah diterima oleh penduduk di situ.

Ini kerana, jelas beliau penduduk tersebut sudah hilang kepercayaan kepada Datuk Rohani Karim (Ahli Parlimen Batang Lupar) kerana tidak pernah melawat mereka.

“Kami difahamkan bahawa Rohani akan melawat ke Rumah Ensika pada 7 Julai depan, ini bermakna ia adalah lawatan yang pertama beliau ke situ.

“Sebab itu, kami pasti beliau akan menghadapi cabaran yang besar di Batang Lupar pada PRU ini nanti,” katanya.

Bagaimanapun, katanya PKR Negeri tidak akan mengambil mudah berhubung perkara itu, sebaliknya akan terus bekerja keras di peringkat akar umbi bagi memastikan usaha menawan konstituensi tersebut serta yang lain di negeri ini tercapai.

No comments:

Post a Comment