Friday, 13 January 2012

Liow saran calon PRU13 jalani pemeriksaan kesihatan

 

Posted on January 13, 2012, Friday

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyaran calon-calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 supaya menjalanipemeriksaan kesihatan bagi memastikan mereka sentiasa dalam keadaan sihat.

Katanya, tahap kesihatan amat penting bagi membolehkan setiap calon dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat sekiranya dipilih kelak. “Kita harap semua parti melihat kepada status kesihatan calon masing-masing,” kata Liow, yang juga Timbalan Presiden MCA, kepada pemberitaselepas melawat Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari dikementerian itu di sini, semalam.

Menurutnya, MCA meletakkan syarat itu dan akan meminta setiap calonnya menghantar status kesihatan kepada presiden.

Liow turut menasihatkan semua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Parlimen supaya menjaga kesihatan dan menjalani pemeriksaan kesihatan untuk kekal cergas bagi melaksanakan tugas.
“Kementerian sering mengadakan pemeriksaan kesihatan di Dewan Negara dan Parlimen. Saya juga akan menghantar surat kepada anggota Parlimen dan ADUN sekiranya mereka memerlukan bantuan dari kementerian,” katanya. — Bernama

No comments:

Post a Comment