Tuesday 22 May 2012

Abaikan propaganda pembangkang

by Kepu Sidi. Posted on May 22, 2012, Tuesday
 

Perkara dibangkitkan hanya putar belit fakta, manfaatkan kerancakan pembangunan BN
SARATOK: Timbalan Men-teri Pengangkutan Jelaing Mersat menyeru masyara-kat di Parlimen Saratok agar tidak mempercayai sebarang isu dan propaganda yang disebarkan oleh pihak pembangkang terutama menjelang musim pilihan raya ini.

Katanya, setiap perkara yang dibangkitkan pembangkang hanya putar belit fakta dan memanfaatkan kerancakan pembangunan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Saratok demi kepentingan mereka.

“Pembangkang telah menggunakan ‘kredit’ daripada setiap pembangunan oleh kerajaan Barisan Nasional dengan mengatakan perkara tersebut disebabkan usaha mereka.

“Rakyat harus sedar bahawa setiap pembangunan dan kemajuan yang dikecapi di kawasan ini bukannya sesuatu yang mampu direalisasi-kan dalam sekelip mata.

“Setiap pembangunan ter-utama yang melibatkan per-untukan besar harus melalui pelbagai proses dan kajian sebelum dipergiatkan kerana ia memerlukan setiap sudut penilaian agar tidak merugikan semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Insol Untang, Malong Atas Awik, Saratok semalam.

Tambahnya, rakyat harus sedar bahawa kerusi Parlimen Saratok harus dipertahankan agar tidak jatuh ke tangan pembangkang yang lebih mementingkan perjuangan untuk membela satu pihak sahaja dan bukannya untuk semua rakyat.

“Masyarakat harus meng-ambil iktibar dengan membuat perbandingan dengan mana-mana negeri yang dikuasai pembangkang selama ini dan apakah yang mereka telah dapat.

“Apa yang paling nyata sekali ialah hampir kesemua janji pilihan raya yang mereka umumkan selama kempen pilihan raya tidak mampu mereka tunaikan.

Turut hadir Exco Majlis Tertinggi Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Chambai Lindong, Dr James Chela, Setiusaha Politik Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Desmond Reynold serta 400 penduduk tempatan.

No comments:

Post a Comment