Wednesday 22 February 2012

S’wak kurang pengundi belia

by Wan Ali Amit. Posted on February 22, 2012, Wednesday

Hanya 30 peratus belia di negeri ini mendaftar sebagai pengundi, paling rendah di M’sia
 Ahmad Shabery
Ahmad Shabery
KUCHING: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendedahkan bahawa pengundi daripada kalangan belia di negeri ini adalah yang paling rendah bilangannya di Malaysia.
Beliau berkata berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Suruhjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah belia yang telah mendaftar sebagai pengundi di negeri ini hanyalah 30 peratus.
“Kita ternyata amat kecewa kerana bilangan pengundi belia di Sarawak hanya dalam lingkungan 30 hingga 33 peratus dan Kuching adalah jumlah paling rendah,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Terdahulu, Ahmad Shabery mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Kementerian Belia dan Sukan/Sabah dan Sarawak kelima, di sini.
Hadir sama Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom, Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Peter Pang, Menteri Muda Sukan Datuk Lee Kim Shin dan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Jahid Jahim.
Ahmad Shabery menjelaskan bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan badan-badan tertentu untuk menjalankan pendaftaran pengundi belia.
Katanya, usaha untuk mendaftarkan belia sebagai pengundi adalah sentiasa dilakukan bagi memboleh-kan mereka menunaikan tanggungjawab kepada negara.
“Saya percaya kerjasama dengan pihak-pihak tertentu itu akan dapat menarik golongan belia sebagai pengundi,” katanya.
Sehubungan itu, Ahmad Shabery memberitahu bahawa Parlimen Belia akan dimulakan pada penghujung tahun ini dengan pemilihan anggota-anggota parlimennya dilakukan pada April depan.
“Kita berharap dapat meng-adakan persidangan pertama Parlimen Belia pada April ini untuk memilih anggota-anggota belia yang menduduki parlimen terbabit,” katanya.


No comments:

Post a Comment