Tuesday, 26 June 2012

BN TERBUKTI TEPATI JANJI


Mahathir irks Chinese in Sarawak


Joseph Tawie | June 26, 2012
Former premier Tun Dr Mahathir Mohamad's "shallow and harsh" comments on Chinese education has left the community bristling with anger.






Former prime minister Dr Mahathir Mohamad’s statement that the setting up of more Chinese independent schools would create obstacles to foster national unity has not only angered the Chinese community but has also become a hot political issue here.

Quick to capitalise on the issue is Sarawak United People’s Party’s potential candidate for the Sibu parliamentary seat, Vincent Lau who expressed regret over the remark made by the former prime minister.

“His statement has implied that the permission granted by the government for the different races to set up their own schools has created a divide among the youths.

“He also said that a completely incommunicable society would be produced if the government decided to recognise Chinese education and the Unified Education Certificate (UEC) of Chinese private secondary schools.

“We disagree with such a way of thinking. We find his remarks harsh, unfair and shallow.

“We cannot look at things from a shallow point of view since we all are living in the same globalised world, which is created through the advancement of information technology,” he said.

Like the native customary rights (NCR) land issues to the Dayaks, Chinese education has always top the community’s list of concerns for either state or national general elections for both BN-linked SUPP and opposition DAP.

In last year’s state election, the issue was exploited by DAP, resulting in SUPP losing votes among the Chinese community.

SUPP lost 13 Chinese majority seats to the opposition out of 19 it contested.

‘Chinese schools in deficit’

For the coming election, SUPP is trying hard to win back the Chinese votes, especially in the six parliamentary seats, namely Sibu, which it lost to DAP in the 2010 by-election, Lanang, Miri, Sarikei, Stampin and Bandar Kuching.

SUPP also lost Bandar Kuching to DAP.

DAP has accused SUPP of being weak in fighting for the Chinese education.

Thus, Mahathir’s remark against Chinese education is seen as an opportunity by SUPP to show that it really has been fighting for Chinese education and the annual grants.

Meanwhile, Lau who is chairman of Wong Nai Siong Secondary school board of management, said that 14 private Chinese secondary schools in Sarawak have incurred deficits totaling RM5 million in terms of operational expenses annually.

“The huge sum is very burdensome and has to be shouldered by the Chinese community.

“We have tried to request for a systematic annual allocation for these schools from the government over and over again, but all were rejected on the ground that the schools had chosen not to change their educational system.

“Furthermore, these institutions have been serving as an alternative for our young citizens to pursue their secondary education apart from the usual government-aided schools,” Lau said at the 45th anniversary of the school.

No news of approved land

He said that the community faced so many problems and limitations in the running of the schools over the years, but their insistence on providing education in their mother tongue had never faded.

“This goes to show that the Chinese would strive their best to promote the language wherever they might be living in this world as they believe it represents the root of a race.

“Chinese private schools are able to survive simply because the Chinese community supports us especially financially,” he said.

Sarawak’s Chief Minister Abdul Taib Mahmud announced before the state election that the government had approved some 2,000 hectares of land in the interior for the Chinese schools to plant oil palm.

Until now the Chinese boards of management are yet to hear the latest news.

SWP diminta jelaskan kenapa mahu menentang PRS

SIBU: “Jika Parti Pekerja Sarawak (SWP) melaung-laungkan mereka sebagai parti mesra Barisan Nasional (BN) kenapa harus menentang Parti Rakyat Sarawak (PRS) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang,” kata Setiausaha Parti Rakyat Sarawak (PRS) Cawangan Skuau Tungku Balang.

Menurutnya, SWP harus menjelaskan kenapa PRS menjadi sasaran mereka dan kenapa tidak parti komponen BN yang lain.

“Ini jelas menunjukkan SWP bukanlah parti yang ber-sahabatkan BN kerana PRS adalah salah satu komponen BN. Kalau SWP rakan BN kenapa harus menentang PRS?

“SWP harus menjelaskan kenapa mahu menentang PRS pada PRU13 nanti. Kenyataan yang menyebut SWP sebagai rakan BN adalah mengelirukan disebabkan tindakan mereka mahu menentang PRS sedang-kan mereka menyokong BN (kecuali PRS),” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataannya semalam bagi membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Majlis Tertinggi SWP Dickson George yang memberitahu bahawa SWP adalah rakan BN dan bukannya sebuah parti pembangkang seperti diterbitkan oleh akhbar ini semalam.

“Saya daripada PRS cuma minta satu permintaan kepada SWP iaitu kenapa SWP mahu menentang PRS sahaja? Ia seolah-olah seperti ada dendam Presidennya (Larry Sng) dengan Presiden kami (Tan Sri James Masing).

“SWP harus menghentikan kenyataannya yang mendakwa SWP sebagai rakan BN. Mereka harus memperbetulkan dahulu kenyataan mereka,” jelasnya.

Menurutnya, kunjungan Perdana Menteri ke Rumah Jana, Batu Matop, Julau pada sambutan Gawai lepas jelas menunjukkan Datuk Seri Najib Tun Razak menyokong sepenuhnya calon-calon PRS dan inikan pula mereka mahu menentang PRS.

“Hentikanlah tindakan anda (SWP) yang mengelirukan rakyat serta kenyataan yang mendakwa diri sebagai rakan BN. Jangan membuang masa kerana tindakan itu bagaikan SWP sebuah parti pembangkang,” tambah beliau.

DAP tidak patuh undang-undang

KUCHING: Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan sewajarnya terhadap Parti Tindakan Demokratik (DAP) kerana memasang bendera dan kain rentang tanpa permit di beberapa lokasi di bawah seliaan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Kain rentang itu tertera program ‘Malam Ubah’ yang diadakan di tempat letak kereta BDC malam Ahad lalu dengan tetamu kehormatnya ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Ketua Pemuda SUPP Tan Kai, yang juga Ahli Majlis MBKS berkata parti politik perlu memohon permit pengiklanan daripada MBKS dan MPP, tanpa permit itu terbukti pihak berkenaan telah melanggari Undang-undang Kecil Pengiklanan PBT.

“Saya telah memeriksa dengan ketua penguat kuasa majlis, DAP tidak ada memohon permit untuk meletakkan bendera dan kain rentang parti di kawasan berkenaan.

“Setahu saya Pakatan Rakyat mempromosikan CAT iaitu kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan, jadi DAP mesti mematuhi undang-undang,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SUPP di sini semalam.

Tan berkata tidak ada maknanya untuk DAP bercakap mengenai mahu menjadi contoh (role model) sedangkan undang-undang mudah pun mereka gagal patuhi.

Tan bagaimanapun berkata, terserah kepada ketua penguat kuasa PBT terlibat untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Sementara itu, Setiausaha Pemuda SUPP Wilfred Yap berkata, DAP masih perlu memohon permit untuk menggantung kain rentang walaupun permit mengadakan ceramah aman telah dimansuhkan.

“Tidak dinafikan, mereka tidak perlu memohon permit untuk mengadakan ceramah tetapi kain rentang mahupun poster masih di bawah bidang kuasa PBT,” katanya.

DAP memasang kain ren-tang berkenaan di beberapa lokasi antaranya berhampiran lampu isyarat Jalan Batu 7 (Kota Sentosa), berhampiran lampu isyarat Jalan Lapangan Terbang dan tempat letak kereta BDC.

Tidak perlu jatuhkan k’jaan ala ‘Arab Spring’ di M’sia: Dr M



APA KHABAR?: Tun Dr Mahathir beramah mesra bersama sebahagian pelajar Perubatan Universiti Kebangsan Malaysia (UKM) selepas menyampaikan ucapannya pada Majlis Bicara Bersama Negarawan bertajuk ‘Komitmen Graduan Pemangkin Kemajuan Negara’ di Kuala Lumpur, semalam. — Gambar Bernama


KUALA LUMPUR: Usaha menjatuhkan kerajaan ala ‘Arab Spring’ tidak seharusnya berlaku di negara ini, kerana Malaysia jelas mempunyai sistem demokrasi lebih baik berbanding negara Timur Tengah.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata jika perbandingan demokrasi antara Malaysia dan negara Arab dibuat, jelas membuktikan negara mendahulukan kepentingan rakyat dalam setiap perkara.

“Arab Spring ini adalah pemberontakan rakyat menjatuhkan kerajaan di negara tersebut, jika kita bandingkan negara-negara Arab ini, mereka tidak pernah demokratik, dan pemimpin mereka menerajui negara untuk kepentingan diri dan tidak memberi keutamaan kepada rakyat.

“Rakyat semakin menderita, kadar peratusan kemiskinan meningkat, malahan ada lulusan universiti tidak mendapat pekerjaan yang seterusnya menjadi punca rakyat memberontak,” katanya ketika menjawab soalan pada Majlis Bicara Bersama Negarawan bertajuk ‘Komitmen Graduan Pemangkin Kemajuan Negara’, di Auditorium Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), semalam.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Fuad Tan Sri Hassan dan Dekan Fakulti Perubatan yang juga Pengarah Pusat Perubatan UKM Prof Datuk Dr Raymond Azman Ali. Kira-kira 700 pelajar UKM daripada pelbagai jurusan hadir pada majlis anjuran bersama Kolej Tun Dr Ismail, UKM dan JASA.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata ‘Arab Spring’ mendedahkan pemerintah negara tidak demoratik, memerintah secara autokratik hingga menyebabkan rakyat menjatuhkan kerajaan.

“Kita di sini ingin ‘Arab Spring’ tapi soalnya adakah kerajaan terlalu zalim? Adakah kerajaan tidak beri perhatian kepada nasib rakyat, tidak membangunkan dan memajukan negara?

“Kita buat perbandingan dengan negara Arab yang agak berlainan dengan Malaysia, justeru tidak perlu untuk kita bertindak di luar undang-undang untuk menjatuhkan kerajaan,” katanya.

Dr Mahathir berkata seharusnya rakyat sedar, usaha menjatuhkan kerajaan adalah agenda pihak yang tidak yakin akan kemampuan untuk memenangi pilihan raya.

“Saya faham perasaan mereka yang tidak dapat menjadi kerajaan, mereka berfikir jika bertindak secara ‘Arab Spring’ dapat menjatuhkan kerajaan tanpa bergantung kepada proses pilihan raya,” katanya.

Beliau turut menasihatkan rakyat bahawa penilaian menggunakan akal fikiran yang waras perlu sebelum melakukan sesuatu tindakan.

Sementara itu, mengulas isu pergolakan yang berlaku dalam kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Dr Mahathir berkata PKR Selangor sebenarnya dipimpin oleh seorang yang kurang berkemampuan.

“Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebenarnya orang UMNO, dan memilih parti lawan kerana kecewa tidak mendapat sesuatu, dia masuk parti lawan bukan sebab percaya kepada prinsip perjuangan, tetapi lebih kepada kerana kecewa.

“Dia ada sedikit kebolehan tentang pentadbiran tetapi tidak akan berjaya kerana dia bukan orang politik, tetapi masuk politik kerana kecewa,” katanya.

Beliau berkata pergolakan tersebut sedikit sebanyak akan mengganggu perjalanan PKR Selangor, namun meminta Barisan Nasional (BN) untuk tidak terlalu gembira dengan situasi tersebut.

“Sedikit sebanyak pergolakan yang berlaku akan menjejaskan PKR, namun BN perlu terus berusaha mendapatkan kembali Selangor pada pilihan raya nanti, tak usaha pun tak boleh, dan jangan harap orang lemah saja untuk menang,” katanya. — Bernama

‘Janji Ditepati’ tema Hari Kemerdekaan tahun ini

KUALA LUMPUR: ‘Janji Ditepati’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos.

Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata bagi perayaan tahun ini, ia akan melibatkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai.

Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.

“Pada keseluruhannya saya yakin perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia kali ini akan lebih hebat dari dulu, cuma tinggal lagi pada 16 Sept kita akan beralih ke Sarawak untuk meraikan Hari Malaysia dan jawatankuasa mencadangkan supaya kita bersama-sama pula ke kawasan luar bandar di Sarawak,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di sini semalam, Rais berkata terdapat cadangan agar Bintulu dijadikan lokasi sambutan Hari Malaysia, namun ia masih belum diputuskan.

Beliau berkata, sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia akan dimulakan pada 11 Julai anjuran pihak swasta melalui program Buku Rekod Malaysia.

Pada 15 Julai pula, Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan program-program yang berkaitan dengan belia di Menara Kembar Petronas.

Pada 17 Julai, perdana menteri akan merasmikan program pengibaran Jalur Gemilang di Brickfields, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Baru dan pemimpin masyarakat Cina di Jalan Petaling secara serentak, kata Rais.

Pada bulan Ramadan, program berkaitan tetapi berunsur keagamaan akan diadakan untuk masyarakat Islam dan beberapa acara untuk kaum lain turut disusun.

Rais dalam pada itu meminta semua pihak agar mengenepikan perbezaan fahaman politik bagi menjayakan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-55 itu.

“Para pemimpin masing-masing perlu memainkan peranan dengan sokongan rakyat supaya Jalur Gemilang dikibarkan di setiap rumah, setiap kedai, setiap gedung dan pejabat dan ini tidak mengira latar belakang politik dan pentadbiran masing-masing,” katanya.

“Kita akan semarakkan seboleh mungkin pengibaran Jalur Gemilang di kawasann dan premis yang sebelum ini tidak diambil berat dan inilah masanya untuk kita memperlihatkan kepada dunia bahawa sekali setahun kita menyumbang ke arah kenegaraan kita dengan mengibarkan Jalur Gemilang di jendela atau pintu,” katanya. — Bernama

TR1Ma masih belum difahami sepenuhnya

by Mahathir Haroun. 


KUCHING: Pemandu teksi di negeri ini masih keliru dengan Program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dan rebat kenderaan baharu untuk pembelian teksi.

Dalam sidang media bersama empat persatuan teksi utama yang merangkumi 500 pemandu teksi di Sarawak, mereka menggesa Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) menjelaskan dengan lebih teliti mengenai panduan memohon rebat dan TR1Ma.

Dalam Belanjawan 2012, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengumumkan rebat akan diberikan untuk pembelian kenderaan (teksi) baharu.

"Sehingga hari ini, belum ada pemandu teksi menerima rebat masing-masing," kata Pengerusi Persatuan Teksi Bumi Kenyalang Philip Ayam semalam.

Philip juga berkata, TR1Ma tidak menggembirakan pemilik teksi di negeri ini.

"Kami tidak pasti sama ada TR1Ma merangkumi Sarawak dan Sabah kerana kami tidak mengetahui bagaimana duit diagihkan," katanya.

Pandangan Philip turut disokong Pengerusi Persatuan Teksi Bumiputera Kuching Laman Yassin yang berkata, LPKP belum lagi menjelaskan mengenai cara mendapatkan baucar TR1Ma.

Bagi Pengerusi Pemilik Teksi Sarawak Tay Teck Ming, liputan insurans pemandu teksi di Sarawak sepatutnya tidak sama dengan di Semenanjung Malaysia.

"Di Sarawak, jarak mengambil penumpang tidak sama jauh, jadi kemungkinan kemalangan adalah lebih rendah," ujar Tay.

Beliau menjelaskan, skim insurans semasa adalah mandatori kepada pemilik teksi untuk membayar RM1,000 hingga RM3,000 setahun.

"Adalah lebih baik kerajaan melihat semula skim insurans untuk kita di negeri ini," jelasnya.