Wednesday 10 April 2013

Manifesto SWP mengelirukan, tidak layak dianggap janji boleh dipercayai

KUCHING: Manifesto Parti Pekerja Sarawak (SWP) adalah mengelirukan dan tidak layak dianggap sebagai janji yang boleh dipercayai.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata isi kandun­gan manifesto SWP dilihat sebagai kurang meyakinkan serta mengelirukan ber­dasarkan jumlah calonnya yang akan bertanding adalah sedikit.

“SWP akan hanya bertand­ing di enam kerusi Parlimen sahaja namun mereka seolah-olah berlagak seperti mahu memerintah kerajaan negeri atau pusat,” ujar Rundi ketika membalas pertanyaan mela­lui sistem pesanan ringkas semalam.

Kelmarin, SWP telah melancarkan manifestonya yang disifatkan sebagai mesra Sarawak.

Manifesto SWP mengand­ungi 14 kandungan utama termasuk pendidikan per­cuma untuk keluarga berpen­dapatan di bawah RM2,500 sebulan, hutang PTPTN dimansuhkan bagi pelajar daripada keluarga berpen­dapatan di bawah RM2,500 dan menambah bilangan guru Sarawak kepada 10 peratus daripada jumlah keseluruhan negara.

Menurut Rundi manifesto SWP seolah-olah memandang rendah terhadap penilaian serta pemikiran para pen­gundi di luar bandar.

“Saya percaya para pen­gundi di kawasan luar bandar adalah bijak dalam membuat penilaian dengan memband­ingkan manifesto BN dan SWP bagi menentukan masa depan mereka sendiri,” tam­bahnya.

Sementara itu Setiausa­ha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Wil­fred Rata Nissom berkata beliau kurang yakin terha­dap janji-janji SWP melalui manifestonya.

“Berdasarkan kes baru-baru ini kepimpinan SWP kelihatan amat goyah dan kurang kepercayaan sesama ahli,” ujarnya.

Menurut Wilfred faktor tersebut sudah cukup untuk menunjukkan ketidakstabilan SWP di samping manifeston­ya yang kurang meyakinkan orang ramai.

No comments:

Post a Comment