Tuesday 9 April 2013

‘Aku janji’ kepada rakyat



SATU HATI: Najib (tengah) berganding tangan bersama para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) sambil menunjukkan buku manifesto BN pada Perhimpunan Janji 1Malaysia sempena Majlis Pelancaran Manifesto BN di Stadium Putra Bukit Jalil di Kuala Lumpur, malam tadi. — Gambar Bernama


KUALA LUMPUR: Manifesto Barisan Nasional (BN) bukan hanya sekadar manifesto, tetapi satu dokumen ‘aku janji’ kepada rakyat, kata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya tidak mahu kata ma-nifesto kerana pembangkang kata manifesto bukan janji, sebab itu nama manifesto tidak berapa sesuai.

“Saya nak kata bukan manifesto tetapi aku janji kepada rakyat Malaysia,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada perhimpunan janji 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan’ sem-pena pelancaran manifesto BN bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di Stadium Putra Bukit Jalil di sini malam tadi.

Najib berkata oleh kerana manifesto atau aku janji adalah dokumen yang penting, ia perlu dilancarkan dalam perhimpunan dan disiarkan secara langsung supaya rakyat seluruh negara boleh menghayati isi kandungan manifesto itu.

“Mereka boleh meneliti apakah komitmen BN kepada rakyat,” katanya. “Biarlah pembangkang kata manifesto bukan janji, kalau bukan janji, apa guna bentang manifesto yang baharu, apa faedah bentang manifesto baharu.

“Kepada BN, manifesto adalah satu perkara yang serius,” katanya.

Sebaliknya Najib membidas pembangkang dan menyifatkan manifesto mereka sebagai sebuah ‘fantasi dan khayalan’ dengan menabur janji sesuka hati.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, sekiranya janji pembangkang dilaksanakan maka defisit negara akan melambung kepada 11.5 peratus manakala hutang negara juga akan melonjak.

“Kita tidak boleh beri mereka peluang untuk mentadbir negara sebab tidak ada apa yang telah mereka lakukan dalam tempoh lima tahun lepas,” kata-nya.

Dalam pada itu, Najib me-nyifatkan perhimpunan malam tadi adalah begitu luar biasa dan paling hebat sepanjang 37 tahun beliau terlibat dalam politik.

Katanya, perhimpunan malam tadi bukan sahaja untuk memperlihatkan BN adalah parti yang terkuat di negara ini, tetapi adalah malam yang serius untuk memberitahu kepada rakyat keupayaan BN untuk terus diberi mandat me-nerajui negara pada PRU13.

Lebih 50,000 penyokong BN membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil bagi menyaksikan pelancaran manifesto BN dan mereka kelihatan bersemangat, menandakan sokongan padu kepada BN. — Bernama

No comments:

Post a Comment